Sabtu, Ogos 25, 2012



Bukan mudah mengaturkan sesi fotografi bersama bekas juara pertandingan Dewi Remaja 2010 ini kerana jadual hariannya yang padat bagai tiada ruang berehat.

Kebetulan si empunya diri sudah terpacul di depan mata, persoalan mengenai segala kontroversinya, episod saman-menyaman dengan seorang lagi aktres tidak sekali dilepaskan. 

“Tidak pernah saya menyesal, kecewa atau terkilan dengan apa yang sudah disuratkan kepada saya. 

"Kes saman, dakwaan dan pelbagai fitnah serta maaf terbuka semua itu adalah pengalaman yang lebih mematangkan saya. 

"Saya bersyukur diberikan semuanya di usia semuda ini kerana segala kesilapan dan rasa khilaf itu tidak akan diulangi lagi. 

“Sebagaimana yang pernah saya katakan, semuanya sudah dianggap sejarah dan jujurnya saya sudah simpan episod itu dalam arkib hati dan enggan lagi dibuka. 

"Biarlah ia menjadi satu kisah yang memberikan saya pengalaman. Saya tidak mahu ingat semula dan apa saja yang berlaku, adalah satu khilaf dan kesilapan.

“Saya fikirkan, Aidilfitri ini adalah masa paling sesuai untuk saya susunkan sepuluh jari memohon maaf kepada sesiapa saja yang pernah terasa atau bermasalah dengan saya secara langsung mahupun tidak kerana sebagai manusia, saya tidak terlepas dengan silap. 

"Begitu juga dengan mereka atau mana-mana individu yang pernah menyakiti atau mengguris perasaan saya, sudah lama saya maafkan. 

“Ikhlas apa yang saya inginkan adalah sebuah kehidupan yang lebih baik lagi selepas ini tanpa secalit rasa marah atau dengki. 

"Apa yang berlaku saya lupakan dan selepas ini, saya inginkan nafas baru dengan semangat yang lebih dinamik,” katanya yang juga anak kacukan Melayu, Pakistan dan Arab.

Menjawab persoalan bimbang akan persepsi orang sekeliling akan dirinya yang tidak henti dihimpit kontroversi dan kisah sensasi, kemas dan lancar sekali jawapan yang diberikan anak ketiga daripada sembilan beradik.

“Siapa saya untuk menutup mulut orang dari berkata. Lantas saya pegang frasa jika takut dilambung ombak usaha berumah di tepi pantai. 

"Pandangan atau andaian sesiapa saja yang memerhati adalah satu elemen yang tiada kuasa untuk saya mengawalnya namun insya-Allah apa yang penting adalah kerja dan diri sendiri,” katanya lagi.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping