Pengecut!!! Itu je ayat yang mampu diluahkan untuk diberikan kepada Si Nik Aziz ni. Dia tak layak lansung digelarkan sebagai seorang pejuang.
Selama bertahun - tahun lamanya kita ditipu dan diperdayakan oleh Si Nik Aziz ni rupanya. Tapi, sikit pun kita tak sedar mengenai perkara tersebut.
Secara umum, semua orang dah tahu yang Sidang DUN Kelantan telah meluluskan enakmen jenayah syariah untuk melaksanakan Hudud.
Tapi, semua orang tertanya - tanya. Kenapa sampai sekarang mereka masih belum melaksanakan hukum tersebut sedangkan kelulusan DUN telah diperolehi.
Rupanya, Si Nik Aziz ni yang takut nak buat benda tu. Dia dengar juga cakap Tun Dr. Mahathir. Herannya, kenapa dia nak dengar pulak?
Bukan ke selama ni PAS nak suruh orang je dengar cakap diorang? Diorang bukan peduli sangat pun dengan apa orang lain nak kata.
Malah, bila diajak tubuhkan Negara Perpaduan dan menyarankan agar PAS ikut UMNO, diorang tolak. Katanya, UMNO yang kena ikut diorang.
Habis, apa yang dibuat oleh Si Nik Aziz tu bukan bukti yang diorang boleh ikut UMNO? Kalau betul diorang nak laksankan Hudud, kenapa tak setuju je dengan cadangan Tun?
Bukan ke Tun dah cadangkan supaya UMNO dan PAS bersatu? Bukan ke Tun dah kata yang Hudud boleh dilaksanakan sekiranya mereka bergabung? Nah!!! Tunggu apa lagi!!! Jangan la asyik nak bagi alasan yang bukan - bukan!!!
MENTERI Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menjelaskan bahawa hukum hudud di Kelantan terpaksa ditangguhkan atas amaran yang dikeluarkan kerajaan persekutuan dan bukan disebabkan suasana yang masih belum kondusif di Malaysia.“Bagi Kelantan, ia tertangguh bukan kerana usaha dan keperluannya masih tidak memenuhi suasana yang kondusif.“Sebaliknya ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk amaran menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik,” katanya dalam tulisan di laman blogtokguru.com hari ini.Katanya, pelaksanaannya masih tertangguh walau Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 itu diluluskan “secara masak” sejak November pada tahun tersebut.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.