Itulah kebenarannya. Sekarang ni PAS berada dalam keadaan yang cukup getir dimana mereka mendapat kecamanan yang cukup teruk.
Bukan setakat DAPigs je yang buat kecaman terhadap mereka. Malah beberapa NGO lain pun turut melakukan perkara yang sama.
Tujuannya adalah untuk mereka sedar dengan kesilapan yang mereka lakukan iaitu memperalatkan agama sebagai agenda untuk meraih sokongan.
PAS jelas mempergunakan agama sebagai alat untuk mendapatkan sokongan terutamanya dari kalangan orang Melayu Islam.
Sebab itu mereka dengan mudah mengeluarkan fatwa - fatwa da menghukum orang lain sesuka hati mereka. Tapi bila kena pada batang hidung mereka, mula la diorang naik angin.
Sekarang, mereka berada dalam keadaan yang cukup fobia terhadap teguran yang diberikan oleh sesiapa sahaja. Mereka takut kehilangan sokongan.
Kepercayaan rakyat terhadap kemampuan mereka untuk memperjuangkan Islam yang sebenar mula dipertikaikan. Maka mula la diorang terasa pedas.
Habis semua orang dianggap sebagai musuh walaupun komen dan teguran yang diberikan adalah untuk manfaat mereka sendiri. Itulah akibatnya kalau jadi Pak Angguk Saja.
Sebelum ini, Ustaz Nasha memberikan pandangan terhadap kerjasama diantara PAS dan DAPigs. Dia kata kerjasama tu hanya satu yang sia - sia.
Oleh yang demikian, dia mencadangkan agar PAS berundur dan keluar dari menjadi komponen Pakatan Pembangkang. PAS lebih kuat jika dia berdiri sendiri.
Tak kurang jugak teguran yang dikeluarkan oleh ABIM terhadap mana - mana pihak yang membicarakan pasal Hukum Hudud. Mereka khuatir akan berlakunya Islamofobia.
Walhal teguran ABIM tu bukannya ditujukan kepada PAS secara lansung tetapi secara terbuka kepada mana - mana pihak. Yang PAS nak terasa sangat tu kenapa?
Nampak sangat la yang diorang dah malu dengan apa yang mereka lakukan iaitu membenarkan Islam dikritik dan dihina oleh puak - puak DAPigs. Kalau tidak, apa pasal pulak diorang nak terasa pedas!!! Sendiri bikin, sendiri tanggung la woi!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.