Isnin, Ogos 27, 2012


Ps: Walaupun dia selama hari ini dianggap sebagai Ketua, tetapi apa la gunanya kalau dia tak dapat nak selesaikan masalah dalaman.

Nampak sangat la puak - puak Pakatan Haramjadah tu sebenarnya tak anggap Si Ketua Penipu tu sebagai pemimpin utama mereka. 

Sampai hari ini, PAS dan DAPigs masih lagi bertelagah. Kalau masalah itu pun dia tak dapat nak selesaikan, macam mana dia nak selesaikan masalah Negara kelak? Alamat jahanam la jawabnya!!!
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Ketidakupayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menamatkan pertelingkahan DAP dan Pas dalam isu hudud memberi gambaran jelas Ketua Pembangkang itu tidak dihormati di dalam pakatan pembangkang.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md. Aripberkata, sekiranya Anwar memang pemimpin yang hebat, sudah pasti isu itu dapat ditamatkan segera.

"Anwar sebenarnya tidak ubah seperti 'parasit' di dalam pakatan pembangkang yang hanya menjadi penumpang agar cita-citanya untuk bergelar Perdana Menteri tercapai.

"Justeru, saya yakin Anwar sendiri terpaksa tunduk dengan DAP dalam isu pelaksanaan hudud kerana bimbang hilang sokongan pengundi Cina sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 dan seterusnya akan menamatkan mimpinya bergelar Perdana Menteri," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pandangan beberapa penganalisis politik mengenai kegagalan Anwar meyakinkan DAP untuk menyokong hudud menyebabkan Pas terkontang-kanting dan bersendirian dalam perjuangannya itu.

Muhammad Zahid yang juga Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) mendakwa, Pas sendiri sudah tidak berminat untuk melaksanakan hudud tetapi terpaksa 'berlakon' bagi menunjukkan kononnya mereka masih kekal dengan perjuangan asal.

"Lihat di Kelantan, Pas sudah memerintah lebih 20 tahun kenapa masih belum laksanakan hudud?

"Jika benar mahu melaksanakannya, sudah tentu DAP akan keluar daripada pakatan pembangkang kerana parti itu secara terbuka menolak pelaksanaan hudud," ujarnya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nordin Ahmad pula dengan sinis menyifatkan Anwar dan isu hudud bagaikan 'bumi dan langit'.

"Anwar sendiri seorang yang mempunyai rekod akhlak yang buruk mana mungkin dia mahu hukum hudud dilaksanakan di negara ini.

"Semua ini permainan politik kotor pembangkang sehingga pelaksanaan hudud menjadi bahan jenaka DAP yang secara terbuka menolak hukum Allah itu," katanya.

Tambah beliau, umat Islam sepatutnya melihat kemelut tersebut sebagai bukti jelas Pas dan Anwar tidak layak menjadi pemimpin kerana sanggup mempermainkan agama Allah semata-mata untuk mengejar kuasa dan jawatan.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping