Rabu, Ogos 22, 2012


Ini satu lagi kisah menarik. Kalau perkara ni berlaku dalam Malaysia selepas Pakatan Pembangkang dapat memerintah kelak, dah tentu dia akan terlepas.

Sebab dia merogol tu dalam bilik dan bukannya ditempat awam. Jika diikutkan Islam PKR, mereka kata tak berdosa kalau merogol, meliwat atau berkhalwat dalam tempat tertutup.

Kalau ikut Islam PAS pulak, waima ada bukti yang sah pun tak boleh pakai. Nak pulak kalau bukti tu berdasarkan kepada video dan pengakuan semata - mata.

Bagi diorang, bukti video tak boleh pakai sebab dia besi!!! Itu Islam yang diperjuangkan oleh Pakatan Pembangkang tu. 

Jadi, KALAU diorang memerintah, alamat Jahanam la Islam tu nanti!!! Kalau korang nak keadaan tu jadi macam tu, sokong la Pakatan Pembangkang tu. Jangan menyesal tak tentu arah pulak nanti!!!
LONDON: Ahli Parlimen yang disegani ramai, George Galloway, mempertahankan Julian Assange dengan mendakwa pengasas WikiLeaks itu tidak sepatutnya didakwa atas kesalahan merogol di Sweden. 
Menurut Galloway, sebaliknya Assange hanya wajar didakwa kerana “etika seksual buruk.” Dalam kenyataannya semalam, Ahli Parlimen Bradford Barat itu berkata, dia tidak dapat mempercayai dua wanita yang mengaku dirogol Assange.


“Walaupun dakwaan dua wanita itu 100 peratus benar dan ditambah dengan rakaman kamera di dalam bilik berkenaan, ia tidak menjadikan insiden itu sebagai kes rogol - sekurang-kurangnya kejadian rogol sebagai yang sesiapa kenali,” katanya. 
Dalam penghakiman Mahkamah Agung, hakim paling kanan di Britain berkata, dakwaan ke atas Assange, 41, dalam waran tangkap dikeluarkan Eropah boleh dianggap sebagai kes rogol.


Seorang daripada wanita yang membuat aduan itu mengaku melakukan hubungan seks dengan Assange secara rela pada Ogos 2010.



Bagaimanapun, kata wanita itu, dia terjaga keesokan harinya apabila mendapati sedang berasmara dengan Assange tanpa menggunakan kondom.



Kata Galloway, insiden itu tidak boleh dianggap rogol kerana kedua-dua mereka melakukan hubungan seks sebelum itu.


“Ia mungkin sangat tidak beradab apabila Assange tidak menepuk bahu wanita terbabit dan meminta izin berasmara sekali lagi,” katanya. 

Menurut Galloway, walaupun dianggap tidak senonoh ia tidak boleh dianggap kejadian rogol. “Kecuali anda benar-benar ketiadaan makna sebenar rogol,” katanya.


Malam kelmarin, seorang penyokong Assange mencetuskan kemarahan apabila menyiarkan nama seorang daripada ‘mangsa’ Assange dalam siaran program BBC.



Bekas Duta Britain ke Uzbekistan, Craig Murray, 53, menyebut nama wanita terbabit dua kali dalam program berkenaan sebelum ditegur pengacara, Gavin Esler. - DM
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping