Ahad, Ogos 05, 2012


BANYAK yang sebenarnya kita boleh belajar dari pendakwaan Rafizi dibawah BAFIA ini.  Pertama, dari segi penyelewengan fakta yang jelas seperti yang penulis sebutkan dalam artikel sebelum ini.  

Kedua yang tidak kurang penting ialah bagaimana ‘pertunjukkan kronisme’ disemua peringkat dilakukan dalam pengurusan kes ini.

Menambah celaka, kronisme bukan satu-satu masalah sebaliknya penggunaan wang rakyat juga – isu yang telah dibincangkan oleh rakan penulis dalam artikelnya terdahulu.

Menggunakan wang rakyat itu satu hal lah, kepada siapa wang rakyat itu dibayar, itu yang paling mencuri perhatian.

Khalid Gagap Menteri besar mengumumkan peruntukkan dana khas RM 500,000 untuk kos guaman Rafizi, yang akan dibayar kepada N Surendran, Naib Presiden PKR sendiri!!

Nampak?  Apa tidak ada peguam lain ke dalam Malaysia ini?

RM 500,000 tu kalau diguna untuk membantu orang susah di Selangor tu, ada jugak faedahnya dari diguna untuk kepentingan Rafizi seorang.

Apapun penulis lihat tidak ada lagi sembunyi-sembunyi atau selindung lagi dah dalam membelanjakan wang rakyat tanpa faedah yang nyata, semuanya dilakukan dengan terang.  

Nak menunjuk yang dia tu kerajaan negeri dan berkuasa berbuat apa sahaja dengan wang rakyat untuk tujuan yang tidak menguntungkan rakyat.

Penjenayah macam Rafizi ini sepatutnya dibiarkan membiayai dan melantik peguam sendiri.  Bukan semuanya diuruskan oleh kerajaan Selangor.  Kerajaan sepatutnya bekerja untuk rakyat, bukan sebaliknya.

Yang dilakukan sekarang ialah jumlah wang rakyat yang besar, dibayar kepada pemimpin PKR sendiri – atas nama menguruskan kes Rafizi.  Siapa Rafizi, apa penting kes dia kepada rakyat Selangor? - SUMBER

Ps: Persoalan utamanya, siapa yang kaya kalau bukan N.Surendran tu jugak? Rakyat dapat apa kalau Si Rafizi tu menang? 

Kalau dia kalah, rakyat jugak ke kena bayar denda RM3juta tu? Atau adakah rakyat jugak yang akan dipenjarakan sekali?

Kalau sebelum ni, Si Nizar tu tuduh DYMM Sultan Johor menghabiskan duit rakyat beli nombor pendaftaran kenderaan sesuka hati. Sekarang, tak nak pulak diorang bangkitkan perkara seumpama itu? Kira tak membazir duit rakyat pulak ye tak.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. tengokla penyelewengan yang dilakukan...bukak mata...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping