Rabu, Ogos 29, 2012



MASK Team dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka sekali lagi dengan bangganya mempersembahkan sebuah pementasan baharu berjudul ‘Kawan-Kawan Yang Kita Suka’. 

Teater ini bakal dipentaskan bermula  5 September hingga 9 September hadapan bertempat di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

‘Kawan-kawan Yang Kita Suka’ mengisahkan tentang empat sahabat karib yang sentiasa bersama. Suatu hari, Agus mendapat tawaran bekerja di Jepun. 

Walau bagaimanapun, dia perlu menyelesaikan sebahagian hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  untuk membolehkan dia ke luar negara. 

Namun,  duit simpanan Agus telah hilang. Prasangka mula wujud di kalangan mereka.

Masing-masing menuduh sesama sendiri mengenai duit yang hilang itu. Tidak seorang pun yang mengaku siapa yang mencuri duit tersebut. 

Perbalahan terus meningkat sehingga menunjukkan sisi gelap dan sikap masing-masing. Persahabatan mereka yang dahulunya rapat kini renggang akibat salah faham yang wujud. 

Siapakah di antara mereka yang menemui duit itu? Siapakah yang mencuri?

Bagaimanakah persahabatan mereka selepas itu? Adakah Agus berjaya ke Jepun meneruskan tugasannya?

Bagi sesiapa yang meminati seni teater tanah air, tentunya menanti-nantikan karya terbaharu daripada Fasyali Fadzly.  

Sebelum ini, Fasyali Fadzly pernah mengarah dan menulis beberapa buah teater seperti Teater Juta-Juta (2011), Kotak Hitam (2011), Berani Mati (2009), dan Oedipus (2010).

Teater yang mengangkat isu persahabatan ini dipentaskan dalam durasi masa 1 jam 15 minit. Membariskan para pelakon teater yang berpengalaman seperti Karl Shafek, Anas Ridzuan, Fazleena Hishamuddin dan Ameera Ramly.

Pas masuk berharga RM30 boleh didapati pada hari pementasan. Selain itu, anda juga boleh menghubungi Ajun di talian 012–278- 9352 untuk pembelian awal.

Maklumat lanjut boleh layari www.facebook.com carian Teater ‘Kawan-Kawan Yang Kita Suka’ dan Twitter #KawanKawanYangKitaSuka

Selain itu, untuk pementasan kali ini, MASK Team bekerjasama dengan Twitterjaya TV (TJTV) sebagai rakan media, Patung Studio sebagai rakan seni dan Avon Malaysia sebagai tatarias rasmi.

Satu video parodi yang sinonim dengan montaj siri TV popular ‘Friends’ telah dibuat sempena dengan pementasan ini. Sila ke link di bawah untuk maklumat lanjut.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping