Sekadar Hiasan |
KOTA BHARU - Empat puluh enam pemandu bas ekspres yang diperiksa dalam Op Selamat, disahkan positif dadah, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.
Beliau berkata pengesanan itu dilakukan melalui ujian saringan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di 32 terminal bas yang diperiksa di seluruh negara dalam tempoh 12 Ogos hingga Jumaat lepas.
"Kami akan mendapat laporan daripada pihak AADK sebelum mengambil tindakan mengikut peraturan terhadap pemandu terbabit," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Guchil Bayam di sini hari ini.
Beliau berkata JPJ akan sentiasa membuat pemantauan di semua terminal bas ekspres di seluruh negara bagi memastikan pengusaha pengangkutan awam itu mematuhi peraturan yang ditetapkan terutama dalam tempoh Op Selamat yang bermula 12 Ogos dan berakhir 26 Ogos.
Mengenai peraturan tidak membenarkan kenderaan berat berada di jalan raya pada 17 dan 18 Ogos serta 25 dan 26 Ogos, Solah berkata tiada pemandu kenderaan berat dikesan melanggar peraturan itu pada 17 dan 18 Ogos.
"Harap pemandu dan pengusaha kenderaan berat mengekalkan rekod itu dalam tempoh penguatkuasaan akan datang iaitu pada 25 dan 26 Ogos," katanya. - Bernama
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.