Jumaat, Ogos 31, 2012



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru semua rakyat Malaysia supaya dapat mengekalkan keamanan dan kemakmuran yang ada di negara ini bagi menjamin kebebasan dan kemerdekaan mampu dipertahankan.

Menurutnya, kemerdekaan yang dikecapi kini merupakan satu  kebebasan untuk rakyat.

"Sambutan merdeka hari ini merupakan khas untuk rakyat. Jadi kita mesti bersama-sama untuk kekalkan kestabilan negara yang kita ada sekarang ini," katanya dalam ucapan ringkas, yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen tempatan, selepas acara Perbarisan Hari Kemerdekaan ke-55, hari ini.

Beliau turut menambah, kerajaan sedaya upaya untuk merealisasikan dan memastikan segala yang dijanjikan ditepati.

"Kestabilan, kemakmuran,kesejahteraan dan kestabilan yang telah kita kecapi selama 55 tahun ini membuktikan janji kita selama ini telah ditepati," katanya.

Beliau turut berkata, kestabilan dan kemakmuran yang kita kecapi kini merupakan sesuatu untuk generasi muda dan ia mesti dikekalkan.

"Sebagai sebuah negara yang stabil dan makmur, "I am for you" (saya untuk anda),"

Beliau menambah, keamanan yang dikecapi kini mesti dikekalkan bagi menjamin kesejahteraan  generasi akan datang," katanya

Ps: Cukup padat dan penuh pengertian. Pun kalau orang tak faham jugak, memang sah la diorang tu pekak badak.

Tak payah susah - susah nak jadi macam Si Ketua Penipu tu. Cakap panjang lebar pun bukan orang nak dengar. Tapi siapa yang nak ikut cakap dia. Dah menipu je kerjanya. Itu pasal la dia suka sangat meroyan tak tentu arah!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping