Sabtu, Ogos 11, 2012


Fenomena wakil rakyat dari kalangan pemimpin DAPigs yang biadap jejak kaki ke dalam masjid perlu dengar titah Tuanku Sultan ni.

Kalau jejak kaki masuk dalam masjid tu nak menyokong Islam tahan jugak. Ini tidak. Lagi ditentangnya ada la. Kot tunjuk pandai baca ayat Al - Qur'an bukan main.

Begitu jugak la dengan puak - puak Kafir Harbi yang ada dalam PKR. PAS pun jangan buat - buat pekak pulak sebab memang dah menjadi norma diorang buat surau dan Masjid macam Markas!!!
SABAK BERNAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah baginda tidak sekali-kali berkenan institusi masjid di negeri ini dipolitikkan.
"Titah Beta ini meliputi semua parti politik sama ada parti pemerintah atau pembangkang," baginda bertitah di majlis perasmian Masjid Kampung Binjai Jaya, Sungai Panjang di sini.
Baginda mahu kemudahan surau serta masjid tidak disia-siakan dan dipandang ringan umat Islam itu sendiri, sebaliknya surau dan masjid mesti dimanfaatkan sebagai suatu tempat menambah keimanan di samping membina kekuatan serta membentuk peribadi yang mendapat keredaan Allah.

"Masjid tempat yang paling baik kita bersatu padu," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah baginda tidak berkenan khutbah, pengajaran agama dan tazkirah yang diadakan di masjid atau surau di negeri ini diselitkan dengan ideologi parti politik, tuduh-menuduh dan caci-mencaci sesama Islam.

Perbuatan seperti itu boleh menimbulkan kebencian dan akhirnya membawa kepada perpecahan dalam kalangan orang Islam terutama orang Melayu, titah baginda.

"Perpecahan ini akan merugikan orang Melayu sendiri kerana orang Melayu akan kehilangan kuasa dan akan terus mundur, ketinggalan serta hidup melarat di negeri sendiri. Jika perkara ini berlaku terhadap orang Melayu, menyesal kemudian tiada gunanya," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah orang Melayu jangan terlalu suka mengikut perasaan dan iri hati antara satu dengan lain sehingga boleh menghancurkan bangsa sendiri.

Justeru, baginda bertitah orang Melayu hendaklah membuka minda dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di sekeliling mereka.

"Oleh itu, marilah kita sama-sama berfikiran positif, bersangka baik, serius dan ikhlas dalam melaksanakan segala kewajipan dan suruhan daripada Allah swt," katanya. 
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping