Selasa, September 11, 2012


Hah!!! Mana peginya orang lain? Kalau sebelum ni, Si Foolziah tu kata ramai sangat orang yang bantah isu pembinaan kilang Lynas ni.

Tapi kenapa pulak hanya ada 10 orang sahaja yang tampil memfailkan permohonan untuk menarik semula Lesen Sementara kepada kilang memproses nadir bumi tu?

Bukan ke sebelum ni Si Foolziah tu kata yang penduduk di Gebeng ada seramai 700ribu orang (klik sini). Jadi mana pergi selebihnya? Takkan diorang tak buat bantahan kot.

Yang dok buat demo ramai - ramai kat Kuantan tu mana pulak? Kononnya, kalau sekali berkumpul bukan main lagi katanya. Sampai mencecah beribu - ribu.

Tapi yang tampil buat permohonan ni kenapa hanya ada 10 aje? Yang lain kenapa tak ambik tindakan yang sama? Takut tak mampu nak bayar duit peguam?

Kan puak - puak Pakatan Haramjadah tu suka membantu dengan membiayai kos peguam ni. Kenapa diorang tak tolong? Kenapa nak jugak kutip derma?

Nampak sangat la isu berkaitan dengan pembinaan kilang tu bukannya sebab nak perjuangkan rakyat sangat sebenarnya. 

Cuma sekadar menjadi bahan modal untuk dipolitikkan oleh puak - puak Pakatan tu je. Lagi pun, itu je yang diorang tau buat. Kalau suruh buat kerja untuk rakyat, satu Hapah pun diorang tak reti!!! Buat kecoh tau la!!!
PUTRAJAYA: Sepuluh penduduk Gebeng dan Kuantan gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan di sini hari ini bagi mendapatkan kebenaran untuk mencabar keputusan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) memberikan lesen operasi sementara (TOL) kepada Lynas Malaysia Bhd di Gebeng, Pahang.
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali, mempengerusi panel tiga anggota, memutuskan penduduk berkenaan perlu terlebih dahulu merayu kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berhubung pemberian TOL kepada kilang Lynas sebelum membawanya ke mahkamah untuk memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar pemberian TOL.
Beliau berkata tiada peraturan tetap berhubung bila penduduk berkenaan perlu berbuat sedemikian (merayu kepada menteri).
Katanya Mahkamah Rayuan tidak terpengaruh dengan keadaan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rohana Yusof telah terkhilaf semasa memutuskan menolak permohonan kebenaran untuk memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar pemberian TOL yang dikemukakan oleh penduduk berkenaan.
"Selepas membaca Seksyen 32 Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984, Mahkamah Rayuan berhak untuk menentukan bahawa perayu-perayu (penduduk) perlu terlebih dahulu  merayu (kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)," kata Ramly semasa menolak rayuan penduduk atas satu-satunya alasan iaitu mereka perlu terlebih dahulu mengemukakan rayuan kepada menteri berkenaan.
Beliau berkata terdapat fakta tertentu yang perlu disahkan oleh pihak-pihak yang hanya boleh dilakukan oleh penduduk dengan mengemukakan rayuan kepada menteri.
"Ini bagi memastikan isu-isu dijelaskan dan boleh diselesaikan secara muktamad dalam semakan kehakiman dan bukannya berupa pertikaian fakta dan dakwaan," kata Ramly yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Hakim Anantham Kasinater.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Hentam sama dia cukup cukup...semua pembangunan untuk rakyat habis depa kondem..Saya sokong Encik Semut..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping