Selasa, September 11, 2012



Program Selamat Tinggal Pas di kawasan Parlimen Bachok kelmarin mencatat sejarah apabila 2,900 ahli dan beberapa pemimpin kanan Pas meninggalkan perjuangan parti itu dan beramai-ramai menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Borang kemasukan diserahkan wakil mereka, diketuai bekas Ketua Peti Undi Pas Kampung Sungai, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Peropok, Halim Omar, diikuti Ketua Peti Undi Pas Kampung Tepus (Jelawat), Mohd Noor Saamah, dan ahli Pas peti undi Kampung Cherang Laut (Tawang), Harun Yusof.

Ketua Umno bahagian, Datuk Dr Awang Adek Hussin menerima borang berkenaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Perdana, di sini. 

Dalam ucapannya, Harun, 35, berkata tindakan mereka menyertai Umno kerana tidak yakin lagi dengan pemimpin Pas yang banyak berdolak dalih dan membohongi rakyat.

Pemimpin Pas banyak bersandiwara dan berselindung di sebalik agama bagi mengabui rakyat supaya menyokong perjuangan Islam Pas, kata beliau yang juga lulusan Usuluddin dan al-Quran dari Universiti Al-Azhar.

Pas sebenarnya sebuah parti pembohong dan ulamanya memecah belahkan perpaduan umat Islam kerana pemimpin parti itu sendiri tidak memahami dengan mendalam agama, menyebabkan rakyat keliru.

Saya berharap rakan dalam Pas insaf dan kembali ke pangkal jalan dengan menyokong Umno yang jelas melaksanakan tuntutan Islam, katanya.

Halim, 52, yang juga bekas pegawai waran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), berkata Pas gagal melaksanakan janjinya dan tidak mempedulikan masalah rakyat di negeri ini.

Katanya, sikap pemimpin Pas sanggup mengambil tanah rakyat yang diterokai berpuluh tahun di Kampung Chica Bedil, Jeli, membuktikan parti itu menzalimi rakyat.

Sementara itu, Mohd Noor, 61, berkata, kebanyakan pemimpin Pas membawa fahaman agama yang salah apabila mendakwa Pas itu Islam dan Islam itu Pas.

Katanya, pemimpin Pas bijak bercakap tetapi gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpin rakyat apabila mereka berebut-rebut mengumpul kekayaan.

Beliau berkata, beliau dan pengikutnya keluar Pas bukan kerana kecewa, tetapi rasa insaf mengenai penyelewengan akidah pemimpin Pas dan berbohong kepada rakyat.

Ps: Sudah la Kafir Harbi pun sanggup dibuat kawan dan orang Islam sendiri pun dianggap musuh. Sekarang, pemimpin mereka sendiri pun dicaci maki dengan tuduhan yang tak de asas. Perjuangan Islam menda kejadahnya!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping