Seolah - olah tak serik - serik diorang ni gamaknya. Dah kantoi sekali masih tak sedar diri jugak. Nampak sangat diorang ni lebih dahulukan keuntungan dari rakyat.
Tapi bila bercakap bukan main lagi. Nak menjaga kebajikan rakyat kononnya. Dalam masa yang sama, hak rakyat tu jugak yang diorang rampas.
Kalau sebelum ni padang rakyat di Kelana Jaya menjadi mangsa pembangunan rakus Kerajaan Pakatan Selangor. Kali ini, Padang Bola di Sungai Way pulak.
Katanya, Kerajaan Negeri ambik padang tu tanpa memaklumkan dengan penduduk sekitar yang tinggal dan sentiasa menggunakan padang tersebut.
Menurut mereka, padang itu akan dibangunkan dan dijadikan kawasan komersil. Kalau dah jadi kawasan komersil, nak main bola menda jadahnya lagi!!!
Dah semakin jelas bahawa puak - puak Pakatan ni setakat tau bercakap je. Kalau bercakap tu bukan main la. Sampai nak runtuh bumbung dewan dibuatnya.
Mendabik dada mengatakan yang diorang tu pejuang rakyat. Ini bukan pejuang rakyat namanya. Ini dah masuk kategori menjahanamkan rakyat!!! Tapi, nak buat macam mana ye tak. Itu je la kerja yang diorang tau buat pun. Bukannya diorang tau buat kerja lain!!!
PETALING JAYA 10 Sept. - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dicabar untuk berdebat bagi menjelaskan isu pembangunan projek komersial di atas tapak padang bola seluas 1.7 hektar di Sungai Way di sini.Penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku, Kelvin Chong Seng Foo berkata, isu tersebut tidak pernah mendapat perhatian Tony memandangkan tiada penjelasan daripadanya biarpun mendapat aduan penduduk."Saya hairan mengapa beliau tidak pernah turun padang untuk menjelaskan kepada penduduk yang menentang projek komersial tersebut."Padang ini tidak lagi sesuai untuk dijadikan tempat beriadah sekiranya kiri dan kanan padang itu dikelilingi bangunan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.