Isnin, September 10, 2012


Ps: Maaf sebab terlambat update blog hari ni. Banyak kerja yang perlu diselesaikan di alam nyata. Tapi, bila bukak blog, terbaca pulak cerita dibawah ni.

Memang meroyan la Si Ketua Penipu tu bila dia dapat tahu pasal cerita ni. Ye la. Mana tidaknya. Orang dok sibuk bagi nama anak sempena nama tokoh Negarawan.

Yang dia, tak de pulak orang nak bagi nama sempena nama dia. Maklum la, nama dia pun bukan popular sangat. Tak exotik macam nama Tun Mahathir. 

Lagi pun, orang takut. Kalau bagi nama macam Si Ketua Penipu tu, nanti perangai pun macam dia jugak. Suka balun 'depan belakang'. Naya wooo!!!
Pelakon Esma Daniel, 43 dan isteri, Nitra Sari Omar, 33, hari ini dikurniakan  dengan seorang lagi cahaya mata. 
Isteri kepada pelakon ini selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.3 kg di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kira-kira jam 2.30 pagi Jumaat lalu. 
Menurut Esma, dia sangat bersyukur dan gembira dengan kelahiran anaknya itu dan dia telah pun memilih nama untuk anaknya itu. 
“Saya namakannya sebagai Mahathir Daniel. Ada cerita di sebalik nama itu. Anak pertama saya dahulu saya namakan dia Maya Sari kerana ketika dia dilahirkan saya terlibat dengan pementasan Tun Mahathir. Jadi, saya pilih nama yang bermula dengan huruf ‘M’ bersempena dengan nama Tun Mahathir. 
Sejak itu, saya mula terfikir kalau dikurniakan dengan cahaya mata lagi, saya mahu memilih nama yang bermula dengan huruf ‘M’ juga. 
Alhamdulillah, awal pagi tadi isteri saya selamat melahirkan dan kami mendapat anak lelaki. Kebetulan, saya sekali lagi perlu menjadi Tun Mahathir. 
Cuma, kali ini untuk pementasan Tun Siti Hasmah. Jadi, saya terus terfikir untuk menggunakan nama Mahathir untuk bayi saya itu,” ujar Esma Daniel teruja. 
Mahathir Daniel adalah anak ketujuh kepada Esma Daniel. Ini kerana selain memiliki empat lagi anak bersama  Nitra, Esma juga dikurniakan dengan dua orang anak pada perkahwinannya terdahulu iaitu Habib Daniel, 17, serta Harith Daniel, 16. 
Bercerita lanjut mengenai watak Tun Mahathir, Esma memberitahu dia tidak membuat terlalu banyak persediaan kerana ini bukan kali pertama dia beraksi sebagai mantan Perdana Menteri itu. 
“Ini kali ketiga saya menggalas watak yang sama. Jadi, saya tidak buat banyak persediaan. Lagipun, pementasan kali ini bukan memberi tumpuan kepada Tun Mahathir, sebaliknya kepada ketokohan Tun Siti Hasmah. 
Kali ini saya perlu interpretasikan watak itu dari perspektif dan kaca mata seorang suami kepada seorang isteri,” ujar Esma yang ditemui selepas  sidang media Tribute Teater Tun Siti Hasmah di Istana Budaya pada Jumaat. 
Sebelum mengakhiri perbualan, Esma sempat berkongsi pandangan peribadinya mengenai Tun Siti Hasmah. 
“Sebenarnya, saya sudah mengenali Tun Siti Hasmah ketika buat teater Tun Mahathir dahulu.  Kami agak rapat juga kerana selalu berbual apabila ada kesempatan. 
Kalau terjumpa dalam beberapa majlis sebelum ini pun, kami akan bertegur sapa. Saya memang kagum dengan ketokohan yang dimiliki oleh wanita ini. Bukan sahaja sebagai isteri bekas Perdana Menteri, tetapi juga sebagai seorang doktor yang berdedikasi.”
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. alamak memang tak boleh tidor malam dibuatnya..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping