Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar baru-baru ini berjaya menambah koleksi kebodohannya apabila mendakwa kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tidak akan mengadakan PRU ke-13 pada November ini kecuali beliau ditakutkan oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Kata Mahfuz, Najib dan Muhyiddin kononnya kini sedang berbalah dan sengaja melakukan spekulasi berbaur fitnah mengatakan bahawa Timbalan Presiden UMNO itu cuba menjatuhkan Presidennya sendiri.
Kononnya lagi, Najib berpandangan bahawa lebih baik beliau jatuh bersama-sama dengan barisan kabinet UMNO pada pilihanraya nanti jika dibandingkan kejatuhan beliau disebabkan oleh gerakan Muhyiddin tersebut sebelum PRU ke-13.
Pertamanya, maklumat dari siapa yang menyatakan bahawa Najib dan Muhyiddin sedang bergaduh?
Keduanya, sejak bila pula Muhyiddin menjadi dalang untuk menjatuhkan Presiden UMNO itu sedangkan beliau begitu terkenal dengan kesetiaannya terhadap pemimpin yang berjawatan lebih tinggi darinya.
Fakta Mahfuz yang ketiga lebih pelik apabila dia mengaku mendapat tahu bahawa Najib berpendapat lebih baik beliau dijatuhkan pada PRU ke-13 berbanding hilang jawatan kepada Muhyiddin.
Sejak bila Mahfuz diberi kelebihan oleh Allah untuk “kasyaf” dan dapat menilik pemikiran orang lain, khususnya Perdana Menteri, yang pastinya jauh lebih bijak dan berIQ tinggi berbanding dirinya yang tidak lulus SRP?
Namun kini, tiba-tiba saja muncul poster gambar Timbalan Perdana Menteri itu yang kononnya mahu Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum PRU ke-13.
Memang kemunculan poster misteri itu mengejutkan ramai pihak. Namun menurut sumber yang boleh dipercayai, siasatan menunjukkan bahawa poster berkenaan merupakan satu propaganda yang dimainkan oleh pihak pembangkang dalam usaha memecah belahkan kepimpinan UMNO.
Takkanlah Muhyiddin hilang akal dan berlaku bodoh untuk mencantas Najib sedangkan dia sendiri sedar tentang kekuatan Presiden UMNO itu kini sedang berada di kemuncaknya. Mahfuz fikir Muhyiddin sebodoh dia, kah?
Kebodohan Mahfuz terbukti apabila membuat spekulasi kononnya Najib lebih rela kalah di medan PRU ke-13 berbanding hilang kuasa kepada Timbalannya.
Tidakkah Mahfuz mampu berfikir bahawa kekalahan BN pada PRU ke-13 itu memberikan kesan yang lebih buruk kepada Najib berbanding hilang kuasa kepada Muhyiddin?
Misalnya, jika Najib tahu BN akan tewas, beliau boleh meletak jawatan dan memberikan kuasa kepada Muhyiddin yang sudah tentunya akan dipersalahkan kemudiaannya atas kekalahan tersebut.
Najib boleh “kambing hitam”kan Muhyiddin, namun saya pasti Najib tidak bodoh seperti Mahfuz yang mempunyai fikiran sebegitu kepalang bodohnya!
Malangnya Pakatan Haram tidak sedar bahawa mereka telah menghantar “keldai” paling bodoh untuk melakukan spekulasi bodoh tersebut, apatah lagi Naib Presiden PAS paling bodoh itu memberikan alasan paling tidak masuk akal untuk memecah belahkan kem kerajaan.
Nasihat saya kepada Mahfuz, lebih baik dia pulang saja ke Pokok Sena dan berkhidmat untuk rakyat yang diwakilinya memandangkan ramai penduduk di kawasan parlimen itu sudah berang terhadapnya.
Kata pengundi Mahfuz, mereka memilih dia sebagai Ahli Parlimen untuk memastikan hidup mereka lebih selesa di parlimen itu, tapi Mahfuz sebok pula menawarkan diri menjadi “keldai” belaan DAP dan PKR…bodoh betul! - Sumber
Ps: Kalau la Si Mahfuz Bean ni bijak, dah tentu dia akan lulus SRP. Tapi, disebabkan dia BODOH, itu pasal la SRP dia pun GAGAL!!! Semua jawapan dia main agak je!!! Bukannya dia tau pun!!!
Kaldai tua ni ingat pemimpin pemimpin UMNO ni sama taraf dengan pemimpin pemimpin PR kot? Dicadangkan si tua Mahfuz ni pergi lah buat kerja dikawasan yang diamanah oleh rakyat dikawasannya. Rakyat diParlimen Pokok Sena sekarang ini perlukan bantuan untuk menyesalikan permasaalah yang tiada berkesudahan. Lihatlah pemimpin pemimpin UMNO berkerja berbanding pemimpin pemimpin PR yang makan gaji buta seperti kaldai tua Mahfuz ni. Kata hati :- Ambik kayu 1,2 hentak kepala dia baru dia ada akai.
BalasPadamalohai sapa la yg pergi undi mp yg bodoh tahap tak boleh diajar lg ni...suka hati mak dia je buat cerita....
BalasPadamMalang sungguh le orang Pokok Sena pilih bahlol ni jadi wakil rakyat mereka.Mahpus kalau nak fitnah atau laga2kan pemimpin pun biarlah ada seni sikit. Ini bangang tahap bahlol dah ni.Cukup2 le orang Pokok Sena....takkan nak pilih lagi calon sebangang dan tak berkhidmat kat kawasan hangpa.
BalasPadam