Isnin, September 10, 2012



KUALA LUMPUR - Penyanyi Ning Baizura dan Mizz Nina diminta mempertimbangkan semula keputusan mereka mengadakan persembahan pada majlis sambutan ulang tahun sebuah syarikat minuman keras, penghujung bulan ini.

Beberapa penulis blog kesal dengan sikap penganjur acara berkenaan yang memilih dua penyanyi beragama Islam untuk menghiburkan tetamu pada majlis yang akan berlangsung 28 September ini di sebuah kelab malam.

Blog Cucu Tok Selampit (khairulryezal.blogspot.com) berkata, pihak penganjur jelas tidak peka dengan sensitiviti umat Islam apabila sengaja mengundang kedua-dua artis itu untuk mengadakan persembahan pada acara tahunan tersebut.

"Tindakan tidak sensitif kelab malam, syarikat penganjur, syarikat arak dan kedua-dua artis Melayu berkenaan bakal mengundang kontroversi dan kemarahan umat Islam di Malaysia.

"Buat Ning Baizura dan Mizz Nina, masih banyak lagi tawaran bernyanyi dan berlakon yang boleh anda berdua terima selain daripada menerima tawaran untuk menghiburkan tetamu di malam ulang tahun syarikat arak berkenaan," katanya dalam entri terbaru blog itu hari ini.

Poster promosi acara tersebut yang tersebar di Internet dengan jelas memaparkan kedua-dua artis berkenaan bakal menghiburkan tetamu dan mereka yang hadir juga turut dihidangkan dengan minuman keras keluaran syarikat berkenaan.

Blog Beautiful Nara (beautifulnara.com) pula berkata, ia tidak menjadi masalah jika artis bukan Islam yang membuat persembahan pada acara tersebut tetapi ia boleh mencetuskan kontroversi jika melibatkan artis beragama Islam.

“Masih sempat lagi rasanya untuk Ning Baizura dan Mizz Nina membatalkan persembahan ini supaya tidak dipandang serong oleh peminat mereka," kata blog hiburan tersebut.

Ps: Pesan Semut mudah je. Fikir dulu sebelum nak buat satu - satu benda. Jangan main ikut sedap mulut je. Takut nanti, menyesal tak sudah!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping