Adeh!!! Ada jugak artis yang suka buat lawak 'Sarkas' ni ye. Tapi, jangan sampai jadi macam Si Mahfuz Bean tu sudah la. Yang dia tu tau buat 'Lawak Membodohkan Diri' je. Yang lain satu Hapah dia tak tau buat!!!
MINGGU lepas, rakan SS berkesempatan menghadiri satu majlis rumah terbuka seorang pelakon popular yang diadakan di kediamannya. Memang ramai sungguh kawan-kawan media yang datang dan tidak ketinggalan rakan artis pun ramai yang meluangkan masa.
Kiranya majlis rumah terbuka itu memang meriah dan makanan-makanannya pun sedap sungguh hingga membuatkan rakan SS bangun dua kali menambah nasi.
Tapi sayangnya, selera tetamu yang hadir petang itu terbantut apabila rumah terbuka yang meriah tadi dikendalikan seorang pelawak dan pelakon yang cukup bingit dan menyakitkan telinga tetamu yang hadir.Bukan rakan SS seorang saja yang rasa malah semua teman-teman artis petang itu sampai menggelengkan kepala kerana terlalu mual dengan gaya pengacara tadi yang memang bingit dan terjerit-jerit.
Kononnya nak meriahkan suasana tapi apa yang cuba dilakukan merosakkan lagi majlis orang yang mulanya meriah dan seronok.
Rakan SS memang tidak berkenan langsung dengan pengacara ini sejak awal lagi kerana dia memang bukanlah profesional sebaliknya kerana popular sebagai pelakon komedi, terus dia rasa dia sudah cukup baik mengacarakan sesebuah majlis.Lagipun rakan SS tidak salahkan pelakon yang menganjurkan majlis rumah terbuka tadi kerana pengacara yang itu juga ahli keluarganya dan kerana itu mungkin pelakon tadi terpaksa akur menerima tawaran pelawak tadi.Memang memekak dan tindakan pengacara tadi lebih mengeruhkan keadaan dan akhirnya membuatkan majlis jadi huru-hara dan ramai pula tetamu yang angkat punggung lebih awal kerana tidak tahan dengan kegamatan majlis rumah terbuka.Malah seorang teman berbisik kepada rakan SS, “Ini majlis rumah terbuka Aidilfitri ke atau pertunjukan sarkas?”SS rasa pelawak ini memang tidak faham bahasa kerana baru-baru ini namanya sekali lagi disebut-sebut kerana sudah membuatkan seorang pengacara lainberkecil hati dengannya selepas bergandingan mengendalikan sebuah majlis di luar Kuala Lumpur.Khabarnya pengacara tadi memang terasa hingga meletakkan status di laman sosialnya selepas dimalukan dengan pelawak tadi dalam satu majlis yang dihadiri orang kenamaan.SS rasa memang patut pengacara popular tadi menegur tindakannya kerana pelawak yang berangan dan tidak pandai berlakon ini perlu sesekali disedarkan atas tindakannya yang langsung tidak kelakar malah hanya menyakitkan hati orang saja.Mungkin dia juga boleh sedar bahawa lawak seumpama itu yang merendahkan orang lain dan menggunakan bahasa kasar sudah tidak relevan lagi.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.