SS kadang-kadang tak faham dengan sikap dan peribadi seorang artis ini yang suka berhutang dan buat-buat lupa soal hutang.
Bukan apa, nak kata artis itu jenis yang sengkek tidak boleh juga sebab nampak hidupnya macam mewah.
Pakaian cantik, rumah besar dan kereta pun bukan jenis yang karat-karat. Semuanya ada nampak berseri.
Namun entahlah... agaknya perangai dia yang suka berhutang atau buat-buat lupa macam SS cakap tadi sudah menjadi permainannya sejak dulu lagi.
Kalau ikutkan pun, jumlah hutangnya itu bukanlah banyak sangat, namun dia seolah-olah bersikap sambil lewa dan suka membuatkan orang menunggu dan berharap dengan janji-janjinya.
Antara yang dia selalu buat-buat lupa adalah bayaran kepada tukang jahit atau pereka fesyen yang bertungkus-lumus potong baju untuk mencantikkan dirinya.
Masa tempah dulu bukan main sakan, tapi masa bayar tahu pula liat. Apa, dia ingat kain boleh tumbuh belakang rumah macam pokok serai ke?
Bagi SS artis itu kenalah sedar dan ingat bahawa orang buat bisnes bukannya guna modal air liur atau air paip.
Kalau air paip pun kena bayar bil setiap bulan. Semua orang dalam dunia ini kena cari makan dan rezeki bagi menyara hidup diri dan keluarga.
Tambah-tambah kalau hidup di kota besar macam Kuala Kumpur, semuanya bukan murah. Kalau dah lambat buat bayaran, macam mana orang yang bisnes itu hendak pusing modal dan mendapat untung? Itu pun tak boleh fikir ke?
SS harap, artis itu akan cuba mengubah sikap buruknya. Bukan apa kalau ramai orang mula bercakap mengenai sikapnya itu, ia tentunya boleh menjejaskan reputasinya.
Ps: Jangan ikut la cara Pakatan Pembangkang tu. Diorang tu memang jenis liat nak bayar hutang. Dasar jenis manusia tak sedar diri. Kerjanya menipu rakyat je!!! Bukan ada kerja lain!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.