Fuh!!! Hebat. Memang hebat puak - puak Parti Angguk Saja ni. Diorang bukan setakat 'kow-tow' dengan puak - puak DAPigs tapi lebih dari ikut.
Mereka sanggup membiarkan bekas Timbalan Presiden mereka sendiri dijadikan korban dalam perjuangan untuk merampas kuasa ke Putrajaya.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihak parti yakin perkara itu akan diselesaikan sebaik mungkin biarpun ia dibawa ke mahkamah.“Oleh sebab mereka lebih suka membawa ke mahkamah, maka kita anggap ia sebagai urusan peribadi dan kalau boleh selesai di mahkamah... mahkamahlah.“Bagaimanapun, kami yakin ia akan dapat diselesaikan melalui rundingan yang dipilih mereka,” katanya kepada pemberita selepas ceramah umum sempena Himpunan Hijau ke Putrajaya di sini.
Maknanya, kalau Ustaz nasha kena saman kelak, itu dia punya pasal. Dia yang kena tanggung sendiri. Siapa suruh dia cari masalah. Sekarang, padan la muka dia kena saman.
Dalam ertikata lainnya, PAS telah 'menghalalkan' Ustaz Nasharuddin Mat Isa untuk dijadikan Kambing Hitam. Berjuang terkontang kanting keseorangan.
Tak de lansung usaha diorang nak membantu dan menyokong tindakan yang dilakukan oleh Ustaz Nasha sebelum ini. Walhal, apa yang dibuat oleh Ustaz Nasha tu betul.
Ianya berlandaskan kepada dasar perjuangan PAS. Kalau ianya tidak selari dengan perjuangan parti, kenapa dia tidak dikenakan sebarang tindakan?
Malah isu berkaitan dengan kenyataan Ustaz Nasha terhadap Karpal tidak lansung dibincangkan dalam mesyuarat mereka. Kenapa tak dibincangkan?
Jelas, apa yang cuba dinyatakan oleh Pak berahim kita ni sebenarnya hanya sekadar berbaur Politik semata - mata. Dia memang sengaja nak sembunyikan perkara tersebut.
Hakikatnya, dia cuba nak mendapatkan sokongan orang bukan Islam kepada parti PAS. Itu sahaja. Bukan la nak menegakkan Islam sangat pun!!! Setakat wayang je, buat apa. Mengabihkan masa je!!!
apa yang dipertahankan olih ust nasha adalah dari pendiriannya sendiri bukan dari partinya[pas] dan apa yang dipertahankan olih karpal singh adalah pendirian dari partinya[dap].
BalasPadam