Khamis, September 20, 2012


Kalau dah dasar orang yang tak sedar diri ni, buat la apa pun. Dia dah tentu - tentu buat tak peduli. Walau dia kantoi berbogel sekalipun, dia takkan mengaku dia salah.

Ada ke orang macam Si Mamat Kadiaq tu nak disuruh bertaubat sebab mempergunakan agama untuk meraih undi? Tak masuk akal lansung.

Si Mamat Kadiaq ni mana tau nak bertaubat. Dia pun dua kali lima je dengan Si Ketua Penipu tu. Dia setakat 'Tau Buat' je. Yang 'Bertaubat' ni dia tak reti. Apa yang dia tau buat? Menipu rakyat la. Apa lagi!!!
Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) meminta bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir agar bertaubat segera selepas membuat kenyataan beliau mendengar suara Allah SWT agar kembali berpolitik untuk menyelamatkan negara.

 Pengerusi Jawatankuasa Kerjanya, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan rasul yang terakhir dan tidak ada sesiapa boleh mengaku bercakap dengan Allah SWT kini. Beliau memberikan teguran tanpa menyebut nama Abdul Kadir dan kepada semua pihak termasuk dalam UMNO serta PAS. Jelas beliau, berpolitiklah tetapi jangan membawa masuk tuhan dalam aktiviti itu.

 “Datang seorang ahli politik ini kata beliau boleh dengar suara Allah SWT, saya tak menyamakan tapi boleh difahami kedudukan ini seolah-olah sama apa yang berlalu pada Nabi Musa dan sama berlaku pada Nabi Muhammad (SAW), apakah ini nabi baru.

 “Saya yakin beliau bukan mengakui menjadi nabi, tetapi secara realiti, kata-kata seperti Allah SWT perintah kami ke Putaraja apa semua, zaman sampaikan wahyu telah ditutup. Tidak ada lagi wahyu. “Kalau sekiranya hendak turun berpolitik, tak payahlah tarik tuhan sekali, gunakan Allah SWT, gunakan agama untuk kepentingan, tak kiralah hang UMNO, tak kira PAS, tak kira hang PKR.

 “Kita kena berhati-hati dalam isu seperti ini, saya harap orang-orang yang berkata seperti ini, tidak kira siapa pun agar bertaubat kepada Allah SWT dan beristiqfar banyak-banyak,” katanya di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Abdul Kadir dalam satu ceramah politik baru-baru ini bahawa beliau mendengar suara Allah SWT yang memintanya agar turun kembali ke barisan hadapan politik.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping