Ini satu cerita menarik mengenai seorang budak lelaki yang baru berusia 13 tahun. Dia katanya memiliki ilmu kebal yang dia sendiri pun tak tahu dari mana datangnya.
KUALA KUBU BHARU: Dia selayaknya digelar ‘budak kebal’ kerana kulitnya tidak melecur ketika dibakar dan langsung tidak berdarah apabila dicucuk dengan objek tajam.
Itu keistimewaan Mohd Adam Jamaluddin, 13, yang diperolehnya secara semula jadi selepas sering ‘bermain’ dengan api setiap kali membantu kerja ayahnya, Jamaluddin Hamzah, 48, yang mengusahakan bengkel kimpalan besi di Felda Gedangsa, dekat sini.
Malah, anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, dia bukan saja tidak berasa panas, sebaliknya berasa sejuk apabila api membakar kulitnya.“Rasa sejuk macam kena air batu saja dan saya tak tahu kenapa saya tidak berasa sakit,” katanya ketika ditemui.
Mohd Adam berkata, sejak membantu ayahnya melakukan kerja kimpalan besi empat tahun lalu dia sentiasa terdedah dengan percikan api kimpalan dan besi tajam, namun pelik mengapa kulitnya kebal.
Tak kisah la kalau dia ada ilmu kebal tu. Jangan pulak nanti dia salah gunakan kelebihan dan keistimewaan yang dimilikinya untuk benda tak baik sudah la.
Jangan pulak dia jadi Budak Bebal macam puak - puak Mahasewel tu. Orang dah bagi tempat untuk melanjutkan pelajaran, dibantainya sibuk nak berdemo.
Lepas tu, bila dah kantoi, tau pulak nak mintak maaf. Yang tambah membebalkan puak - puak ni bila ada yang taksub sangat dengan Pakatan Haramjadah tu.
Ni Contoh Budak Bebal |
Terutama sekali macam kes Si Mahasewel dan Mahaberuk hari tu. Nak sangat berpolitik, bila kena pukul, tau pulak dia menangis. Tau pulak dia nak menyalahkan orang lain.
Tinggal lagi, jenis budak Bebal macam geng - geng Mahasewel ni bukannya jenis manusia yang reti bahasa!!! Diorang pun dah terikut perangai pemimpin Pakatan Haramjadah tu. Berfikir pun semua dah guna Kepala Lutut, bukan guna Kepala Otak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.