SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bakal berhadapan tuntutan saman daripada pengguna air di negeri ini yang masih tidak menikmati subsidi air percuma.
Tuntutan itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam menerusi firma guaman Kamarudin & Partners, Peguambela & Peguamcara bagi mendapatkan tunggakan subsidi air di bawah skim air percuma yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.
Rakan Kongsi Utama Kamarudin & Patners, Kamarudin Ahmad berkata, seramai 683 pengguna air akan memfailkan dokumen writ saman bersama penyataan tuntutan di Kompleks Mahkamah di Shah Alam pada 11 September ini.
“Tuntutan oleh 683 pengguna air ini adalah kumpulan pertama dari kawasan Shah Alam dan akan diikuti pengguna air dari kawasan lain.
“Beberapa siri jelajah akan diadakan oleh pihak Tetuan Kamarudin & Partners bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negeri bagi mendaftarkan pengguna air yang berhasrat mengambil tindakan mahkamah terhadap Kerajaan Negeri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Kamarudin berkata , pihaknya memberikan perkhidmatan guaman secara percuma kepada pengguna yang tidak menikmati subsidi air percuma.
“Kita akan bersama- sama dengan NGO iaitu Kelab Mawarku, Gagasan Belia Shah Alam, Jawatankuasa Rukun Tetangga Shah Alam dan lain- lain akan meneruskan siri jelajah ini.
“Buat masa ini kita tumpu di kawasan Parlimen Shah Alam di mana Selasa lalu kita dapat mengumpulkan 683 pengguna ini menerusi siri jelajah pertama,” katanya.
Menurutnya, selepas kawasan Shah Alam, kita akan ke kawasan rumah flat dan pangsapuri di Pandan, Ampang, Gombak, Puchong dan Klang.
“Di Shah Alam dijangkakan seramai 4,000 pengguna air akan membuat tuntutan saman ini dan keseluruhan dijangka melibatkan ratusan ribu pengguna seluruh Selangor, “ katanya.
Kamarudin berkata, tuntutan ini dibuat kerana pengguna air berpendirian manifesto adalah perjanjian oleh Pakatan Rakyat yang telah memenangi Pilihan Raya Umum ke-12.
Menurutnya, tuntutan penduduk itu diharap dapat diadili dan menyerahkan kepada mahkamah membuat keputusan.
“Pengguna air di flat kos rendah sangat kecewa dengan dasar diskriminasi yang diamalkan oleh Kerajaan PKR Negeri dalam isu pemberian air percuma kepada pengguna air.
“Kerajaan PKR Negeri telah mengutamakan penduduk rumah teres dan rumah banglo dari golongan kelas menengah dan atasan dalam skim air percuma ini,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.