Pelakon jelita, Rozita Che Wan ada pendekatan baru dalam memantapkan lagi portfolio lakonannya selepas lebih lima tahun bergelumang dalam dunia seni.
Akur dirinya tidak tersenarai sebagai calon Anugerah Skrin (ASK) 2012, bulan depan, Rozita menyedari ia mungkin disebabkan banyak menjayakan watak komedi, sehingga tidak satupun drama dibintanginya tersenarai.
Berikutan itu, mulai sekarang, Rozita atau mesra disapa Che Ta hanya akan memilih watak yang kuat dari aspek jalan cerita dan karakter.
"Mulai bulan ini, saya bercadang memilih drama sebab tawaran yang saya terima memang banyak. Namun, saya tak nak terima semua, jadi saya akan memilih yang terbaik.
"Memang susah nak tolak, tapi saya terpaksa. Saya tak nak macam sebelum ini di mana saya terima saja tanpa pilih," katanya yang ketika ini serius mengusahakan perniagaan menjual tudung.
Akur dengan perubahan dalam dunia komunikasi, Rozita akhirnya mempunyai laman sosial Facebook yang diterajui sendiri.
Atas nasihat dan tunjuk ajar dari syarikat pengurusannya, Laugh Out Loud (LOL) Sdn Bhd yang baru disertai bulan lalu, Che Ta berharap dengan laman sosial itu dia boleh berkomunikasi lebih dekat dengan peminat.
"Ini kali pertama saya mempunyai laman sosial untuk peminat. Mungkin selepas ini saya akan menubuhkan kelab peminat pula. Baru saja beberapa hari, saya sudah menghimpun lebih 400 pengikut.
"Sebelum ini, saya dapat tahu ada 10 laman yang diusahakan peminat. Saya harap dengan akaun rasmi saya iaitu Rozita Che Wan (RCW), saya dan peminat akan lebih dekat lagi.
Laman sosial itu saya gunakan untuk mempromosi drama lakonan selain memaklumkan peminat aktiviti harian," katanya yang berjanji mencari masa untuk mengemaskini laman sosial berkenaan.
"Selain mengurus jadual, syarikat itu juga menjadi orang tengah atau ejen yang mengawal urusan bersama media. Sebelum ini, kita dengar banyak gosip mengenai diri saya tersebar, sekarang melalui LOL, mereka akan memantau informasi yang disebarkan," tambahnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.