Fakta yang dikemukakan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika membela tindakan sekumpulan anak muda yang mengibarkan bendera ‘Sang Saka Malaya’ pada malam sambutan kemerdekaan yang lalu dilihat tidak seimbang dan cuba memesongkan realiti sejarah yang sebenar.
Menurut bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin, pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebenarnya lupa bahawa negara ini tidak mungkin akan berada pada kedudukannya sekarang sekiranya ditawan Indonesia satu ketika dahulu.
“Saya ingat yang PKR punya ketua pemuda itu, dia punya penjelasan mengenai bendera itu tidak seimbang dalam memberikan fakta sejarah dan dia lupa bahawa negara ini tidak akan berada pada kedudukan sekarang sekiranya Indonesia menawan Malaysia,” katanya menerusi perbualan telefon dengan Antarapos. (19:11 – 19:52)
Tambah beliau, hujah kononnya apa yang berlaku hanyalah manifestasi suara anak muda meraikan sumbangan tokoh kemerdekaan seperti Dr Burhanuddin Al Helmi dan Ishak Muhammad atau Pak Sako, sekadar membuktikan tahap pengetahuan Shamsul yang sempit dan cetek berkenaan sejarah negara ini.
“Mereka (Burhanuddin dan Pak Sako) punya pemikiran ialah ke arah sosialisme, dan hingga tahun 1961 ialah memperjuangkan Perlembagaan Rakyat, bukan Perlembagaan Persekutuan..(mereka) menentang Perlembagaan Persekutuan.
“Tapi kerana kejayaan menegakkan Perlembagaan Persekutuan pula, maka kita menjadi negara yang bebas, tidak di bawah takluk Indonesia,” tegas veteran Umno itu. (21:05 – 21:25)
Menyifatkan pemimpin pembangkang tidak tahu sejarah, beliau berpendapat tindakan membangkitkan isu bendara itu menunjukkan seolah-olah mereka cuba membangkitkan semula fahaman sosialisme yang kini semakin tenggelam di negara ini.
“(Pembangkang) menunjukkan seolah-olah mereka cuba nak kembalikan sejarah sosialisme, marxisme dan sebagainya. Benda itu sudah bankrap. Komunis juga sudah bankrap di dunia ini.
“Dia (pembangkang) punya pandangan sejarah terlampau cetek, sempit, tidak seimbang, tidak mengambil kira realiti sejarah, perkembangan yang berlaku selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) menerusi proses demokrasi yang membuktikan rakyat menolak golongan-golongan yang pro Indonesia seperti Burhanuddin dan sebagainya,” katanya. (21:42 – 22:20)
“Bendera Malaysia dan juga Singapura itu dikaitkan, adalah menunjukkan cubaan untuk memulihkan sosialisme yang telah bankrap di Malaysia.
“Tapi itu bukan perkara baru, sebenarnya Utusan Melayu yang memperjuangkan sosialisme dari awal lagi. Tapi benda itu sudah tenggelam, benda itu sudah kalah. Ideanya adalah ke arah ‘Melayu Raya’(penyatuan negara Malaysia, Indonesia dan Singapura), tetapi parti-parti itu telah kalah kerana ditolak oleh rakyat,” ujar beliau. (19:55 – 20:25)
“Sekiranya tidak ditolak oleh rakyat, maka orang Malaysia tidak akan berada ke depan daripada lain-lain negara selepas merdeka. Sebab (fahaman) itu Indonesia ketinggalan sebab negaranya tertutup beberapa tahun sehinggalah Suharto datang baru negaranya terbuka. Jadi sebab itu kita menolak Indonesia dalam Melayu Raya daripada awal lagi,” katanya. (20:25 – 20:48)
Golongan muda kini katanya tidak sensitif dengan sejarah sehingga mengakibatkan mereka mudah terkeliru apabila ada pihak memberikan fakta yang diselewengkan kepada mereka.
“Kalau Melayu Raya itu berjaya, kita bawah pemerintah Indonesialah..Di bawah pemerintahan Indonesia kita jadi macam Achehlah, kerajaan pusat Indonesia tekan kita..Dia buat naya macam dia buat dekat orang Acheh,” tegas beliau. (29:20 – 29:35)
Kebatilan tidak dapat mengatasi kebenaran ini adalah janji Allah. Membuat kenyataan yang salah kepada rakyat yang berpengetahuan adalah satu kesilapan besar yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Pembangkang. Kata hati :- Nanti aku hitung kamu di PRU 13 nanti.
BalasPadam