Ek eleh! Sempat lagi Presiden PAS ni nak kencing orang ye. Kononnya kata dia, PAS tau yang PRU akan ditangguhkan sehingga hujung tahun atau diadakan tahun hadapan.
Disebabkan kashaf dia tinggi, maka sebab itulah dia menetapkan supaya muktamar PAS diadakan pada 24 November yang akan datang.
“Kita sudah tetapkan tarikh lebih awal untuk adakan muktamar. Bermakna kita lebih berani berbanding Barisan Nasional (BN) untuk pilih November sebagai persidangan,” katanya, pada sidang media, selepas majlis Konvokesyen ke-11 Kolej Islam Darul Ulum (Kidu), semalam.Hadir sama, Menteri Besar yang juga Pengerusi Majlis Muassasah Darul Ulum, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan, Persidangan Agung Umno akan diadakan pada 27 November hingga 1 Disember, dan kemungkinan PRU-13 akan dilaksanakan tahun depan.
Kenyataan Si Hadi Awang tu memang secara terang - terangan menipu rakyat dan juga ahli - ahli PAS secara keseluruhannya.
Kenapa tidak. Sebelum ini, siapa yang pandai - pandai buat andaian yang Pilihan Raya akan diadakan pada musim Haji kalau bukan PAS?
Siapa yang serang Datuk Seri Najib kerana KONONnya tak sensitif terhadap agama dan tidak tau menghormati agama Islam? Bukan ke diorang jugak yang buat semua tu?
Dan yang paling utama sekali, bukan ke Si Hadi Awang ni jugak yang tangguhkan mukhtamar PAS pada pertengahan tahun ke satu tarikh yang akan diberi tahu kelak?
Adakah semua tu membuktikan yang dia tau PRU akan diadakan hujung tahun atau pun tahun depan? Kot ye pun nak menipu, jangan la sampai terang - terangan macam ni. Buat mengabihkan masa je!!!
biasalah....yang menipu dan yang kena tipu sama2 bodoh....bodoh piang.
BalasPadam