Ahad, September 23, 2012


Apa nak kata ye tak. Bagai jatuh ditimpa tangga. Sudah la sebelum ini diorang secara terang - terangan menghina dan mengutuk agama Islam.


Lepas tu kena saman pulak sebab menyebarkan fitnah dan memalukan blogger. Sekarang, timbul pulak isu berkaitan dengan soal menunaikan janji.

Mungkin semua ini khifarah Allah terhadap mereka yang menghina Islam selama hari ini. Tapi masih ada lagi pihak yang tak sedar diri.

Diorang ni sengaja membutakan mata dari melihat Kebenaran. Kalau nak kata Bodoh kang diorang marah. Tapi dasar manusia tak sedar diri ni memang payah. Cakap apa pun, diorang bukan nak dengar. Dah Bebal tu Bebal la jugak!!!
BERUAS: Seramai 20 anggota DAP di Taman Bintang, Pantai Remis di sini, Sabtu mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
Mereka berkata langkah menyokong BN itu dibuat apabila DAP tidak mengotakan segala janji yang ditabur selama ini.
Seorang daripada mereka yang keluar parti, S. Ravee, 39, berkata beliau mengambil keputusan untuk keluar DAP kerana parti itu tidak menunaikan segala janji untuk membantu penduduk di kawasan itu. "Mereka juga janji untuk bagi kami satu ekar (0.4 hektar) tanah untuk kami bina rumah atau untuk buat projek tanaman selepas kami isi borang berharga RM60 tapi sampai sekarang janji itu tidak ditunaikan," katanya pada sidang akhbar pada Sabtu.
Pada majlis itu, anggota DAP yang keluar parti bertindak memotong kad keahlian parti itu sebagai simbolik tindakan mereka menyertai BN.
Sementara itu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Beruas Datuk Azhar Ahmad berkata rakyat di kawasan itu mula sedar akan kesungguhan BN dalam membantu rakyat.
Beliau juga yakin BN dapat menawan semula Parlimen Beruas pada pilihan raya umum ke-13. Pada pilihan raya umum lepas kawasan Parlimen itu dimenangi Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham manakala kawasan Dewan Undangan Negeri Pantai Remis dimenangi Setiausaha DAP negeri Nga Kor Ming.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping