Khamis, September 20, 2012



LOS ANGELES - Bintang R&B, Usher dan penyanyi kelahiran Colombia, Shakira akan menggantikan Christina Aguilera dan Cee Lo Green sebagai juri selebriti bagi musim keempat pertandingan nyanyian popular, The Voice, yang akan berlangsung tahun depan.

Pengerusi hiburan NBC yang menerbitkan rancangan itu, Robert Greenblatt berkata, perubahan tersebut dilakukan memandangkan Aguilera dan Green terikat dengan komitmen masing-masing.

Katanya, album baru Aguilera akan dipasarkan pada November ini dan penyanyi itu akan terlibat dengan siri penjelajahan, sementara Green sedang sibuk menyiapkan skrip siri komedi mengenai kehidupan sebenarnya.

"Rancangan ini memerlukan komitmen yang tinggi dan kami gembira kerana tidak mengganggu komitmen Aguilera dan Green," katanya.

Selain Usher dan Shakira, siri keempat The Voice turut melibatkan penyanyi kumpulan Maroon 5, Adam Levine dan penyanyi lagu-lagu country, Blake Shelton.

Perubahan terkini dalam The Voice menyusuli pengumuman terbaru rancangan saingannya, American Idol terbitan Fox TV yang melibatkan penyanyi rap, Nicki Minaj dan bintang country, Keith Urban sebagai juri terbaru.

Usher, memenangi tujuh anugerah Grammy dan merupakan antara artis yang mencatat jualan album tertinggi sebanyak 65 juta, manakala Shakira mula mewarnai dunia pop antarabangsa selepas muncul dengan single pertama Hips Don't Lie pada 2006. - REUTERS
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping