Jumaat, September 14, 2012


KALAU kita kenal dengan pelakon cantik Rozita Che Wan, kita tahu perangainya yang begitu mesra media dan sangat berterus terang dalam banyak perkara. 

Satu perkara lagi, Che Ta (panggilan mesra media kepadanya) tidak pandai menyembunyikan diri biarpun berdepan dengan kontroversi. 

Dia seboleh mungkin akan menjawab setiap persoalan yang diajukan tanpa berselindung.

Inilah yang membezakan dia dengan sesetengah artis yang terus mendiamkan diri apabila berdepan isu hangat. 

Bahkan ada yang sanggup menutup talian telefon bimbit kerana tidak berani berdepan dengan soalan media. 

Kata orang, berani buat berani tanggung, tapi ada artis kita hanya berani buat, tetapi tidak berani tanggung risiko. 

Kawan SS sempat melepak dengan Che Ta selepas berakhir satu majlis baru-baru ini. 

Banyaklah perkara yang dibualkan termasuk kekecewaan dan perasaan bengang Che Ta dengan sikap sebahagian pelakon baru yang tidak berdisiplin dan bersikap sambil lewa terhadap kariernya. 

Bukan pelakon saja, pengurus produksi pun dihentamnya kalau mereka berjanji lain, tetapi buat lain.

Iyalah, dia sudah terpacak di situ tapi bayang pengurus produksi pun tak nampak lagi, apa cerita? Che Ta mengakui penat berlakon dengan pelakon sebegini yang sering tidak tepati masa. 

Ada sesetengah pelakon sudahlah datang lambat, kemudian baru sibuk nak buat rambut, nak mekap sedangkan Che Ta sudah lama terpacak di situ dan sudah bersedia untuk memulakan penggambaran. Inilah yang boleh merosakkan ‘mood’ dia di lokasi.

Apabila SS fikirkan memang kata-kata Che Ta ada kebenarannya. SS pelik juga dengan sikap sebahagian pelakon kita. 

Orang lain nak berlakon dia pun nak berlakon. Tapi orang lain jaga karier mereka kerana itu sumber rezeki, sebaliknya golongan ini anggap berlakon macam main-main pula. 

Kadangkala mereka lebih suka berhibur di kelab sehingga awal pagi daripada duduk rumah menghafal skrip. 

Itulah sebabnya mereka tidak mampu nak bangun awal untuk ke lokasi keesokan harinya. Cubalah serius sikit kerana kalau mereka bersikap positif, rezeki mereka dalam bidang seni pasti akan melimpah ruah jika kena caranya. 

Che Ta juga beritahu rakan SS, sekiranya tiada apa-apa urusan dia lebih suka duduk memerap di rumah. 

Sekiranya dijemput untuk majlis yang tiada kena mengena dengan lakonannya, dia takkan pergi kosong kerana dia perlu juga keluarkan kos untuk solekan, buat rambut dan sebagainya lagi. Jadi dia akan mengenakan bayaran dan berharap penganjur menghormati pendiriannya. 


Ps: Tak baik marah - marah ni. Nanti muka cantik pun nampak tak elok. Tengok muka Si Ketua Penipu tu. Dah la muka dia pun memang dah sedia hodoh. Marah orang tak tentu pasal, bertambah buruk la jadinya!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping