Nampak gayanya, kenyataan Ustaz Nasha ni berjaya membuatkan puak - puak Pakatan Pembangkang tu semua terkedu dan songeh.
Mana tidaknya. Sebelum ini, memang banyak spekulasi yang dikeluarkan terhadap Ustaz Nasha. Nak pulak selepas keputusan Majlis Syura diumum.
Ikut kata Si Ketua Penipu tu, perbalahan diantara Ustaz Nasha dengan Karpal adalah isu peribadi diantara mereka. Ianya tidak melibatkan parti.
Nah!!! Sekarang Ustaz Nasha menegaskan bahawa kenyataan beliau terhadap Si Karpal tu bukan sahaja agenda PAS, malah ianya tuntutan kepada umat Islam.
Jadi, memang benar la kesimpulan yang dibuat sebelum ini. Keputusan Majlis Syura yang tidak mengambil tindakan terhadap Ustaz Nasha membuktikan kenyataan dia betul. Tak payah la nak diputar belikan lagi!!! Dah terang, menda jadahnya nak disuluh pulak!!!
KUALA LUMPUR 12 Sept. - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menegaskan beliau tidak akan sesekali memohon maaf kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh.Malah katanya, beliau juga tidak akan menarik balik kenyataan yang dibuat sebelum ini berhubung gesaan supaya Pas mengkaji semula kedudukan parti itu dalam pakatan pembangkang serta pelaksanaan hukum hudud yang menimbulkan rasa kurang senang Karpal."Saya baca kenyataan beliau dalam sebuah akhbar dan saya juga telah sebutkan sebelum ini, saya bersedia bertemu beliau di mahkamah," katanya seperti disiarkanBuletin Utama, TV3 malam tadi.Nasharudin ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Kaherah, Mesir bagi menghadiri Forum Antarabangsa Ahli Parlimen Islam selama 10 hari.Kontroversi antara Nasharudin dan Karpal berhubung isu tersebut sebelum ini meletakkan masa depan Ahli Parlimen Bachok itu dalam tanda-tanya apabila dikatakan bakal dikenakan tindakan pada Mesyuarat Dewan Syura Ulama Pas pada Ahad lalu.Bagaimanapun, Nasharudin terlepas daripada sebarang tindakan iaitu keputusan yang dikatakan mengecewakan kumpulan Anwarinas di dalam Pas.Mengulas lanjut, kata Nasharudin, beliau akan terus bercakap dan memperjuangkan apa yang menjadi pendirian Pas selama ini meskipun menerima tekanan daripada rakan-rakan di dalam Pas sendiri."Pendirian saya kekal bahawa ini bukan agenda peribadi saya atau Pas, tetapi ini merupakan satu tuntutan Islam itu sendiri yang merupakan sebahagian daripada kesempurnaan ajaran syariah."Saya tidak menafikan memang terdapat kesukaran dalam pelaksanaan hudud sebagai satu sistem perundangan, tetapi kesukaran pelaksanaan sebagai sistem perundangan itu tidak pula boleh kita nafikan aspek-aspek substantif daripada undang-undang tersebut," katanya.
Nasya kembali memperjuangkan asas perjuangan sebenar walau terpaksa menangkis dasar-dasar baru yang bertujuan merubah corak perjuangan asal. Nyata taring pemimpin besar pakatan sudah tumpul bila kerjasama sudah terguris dan tidak sehaluan lagi. Nasha tahu apa dia buat dan harus dikagumi didikasi diri beliu.
BalasPadampendapat ust.nasha dengan pendapat dato hasan ali adalah sama.pas tak akan pecat ust nasha kerana jika dia dipecat dia akan join dengan dato hasan ali dan terus berkempen menentang pas dan ini bolih menyebabkan pas kehilangan penyokong.sebab itulah pas tak pecat ust nasha.ust nasha adalah anak emas pas kerana ust nasha ada penyokong sendiri.
BalasPadam