SYDNEY - Bapa Perdana Menteri Australia, Julia Gillard menderma tubuhnya kepada sains. Mendiang juga tidak mahu dikebumikan atau dikenang pada majlis pengkebumian, tetapi hanya mahu satu majlis berkabung, jelas wasiatnya semalam.
John Gillard, 83, mati mengejut pada pagi Sabtu lalu di bandar Adelaide, menyebabkan Gillard bergegas pulang dari persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APAEC) di Rusia untuk bersama keluarganya.
Satu notis kematian dalam iklan akhbar tempatan Adelaide menggambarkan Gillard sebagai seorang yang suka merendah diri dan sentiasa membantu orang lain.
Dia mahu mereka yang mengenang jasanya menderma kepada rumah kebajikan kesukaannya iaitu Medecins San Frontieres.
John Gillard dan isterinya Moira berpindah ke negara ini dari Wales pada tahun 1996 di bawah satu skim imigresen dengan membawa bersama seorang anak kecil yang menjadi Perdana Menteri wanita pertama di sini.
Wayne Swan yang memangku tugas Perdana Menteri berkata, Gillard akan berehat sehingga hujung minggu ini. - AFP
Ps: Macam - macam dunia ni. Ada yang nak derma tubuh untuk sains. Tapi itu tahan lagi. Yang serah tubuh untuk dapat duit, apa ke halnya? Tak ke Haramjadah namanya tu!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.