Isnin, September 10, 2012



Irma yang juga duta D’Haja, memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana hajatnya dan suami, Redza Syah Azmeer Datuk Redzuan untuk menimang cahaya mata bakal dimakbulkan. 

Berita itu dirai pasangan yang melangsungkan pernikahan pada 29 Jun lalu, bersama keluarga kedua-dua pihak yang sama-sama tidak sabar menyambut kehadiran cucu pertama.


Seperti kebanyakan wanita hamil lain, Irma, 30, mengalami alahan, rasa mual dan cepat letih bahkan kadang-kadang terbawa-bawa hingga malam. 


Bagaimanapun, pelakon dan pengacara popular ini bersyukur kerana tidak mengalami alahan bau dan tidak mengidam makan.



“Alhamdulillah, usia kandungan saya sudah mencecah dua bulan. Suami dan keluarga tidak menghalang saya bekerja tetapi mereka pesan jangan sampai memudaratkan diri dan kandungan. 


"Memandangkan ini pengalaman pertama, saya juga berhati-hati menjaga kandungan. Saya juga selalu diingatkan supaya baca surah-surah Al-Quran dan memperbanyakkan doa.


“Doktor pun menasihatkan saya supaya jangan terlalu kuat bekerja dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan. Fokus saya kini hanyalah mengacara program TV, Assalamualaikum yang ke udara di saluran Alhijrah setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Selain itu saya melaksanakan komitmen sebagai duta D’Haja. Andai ada aktiviti, saya pasti turun padang.

“Untuk berlakon, buat sementara ini saya tidak ambil apa-apa tawaran. Pun begitu, kalau ada yang sesuai dan kena dengan keadaan saya, insya-Allah saya terima,” katanya sambil tersenyum manis.

Artis kelahiran Kuala Lumpur pada 8 Januari 1982 itu juga bergelar penulis dengan terhasilnya buku motivasi pertama, Smile yang sudah berada di pasaran. 



Akuinya, dia tidaklah mahir dalam bidang yang baru diceburi itu tetapi dengan bantuan temannya yang sudah lama menulis untuk syarikat penerbitan PTS, buku itu berjaya dihasilkan. 

“Bermula dengan perbincangan santai, sahabat saya itu sarankan saya tulis buku motivasi yang boleh memberikan pengisian baik kepada masyarakat. 


"Saya kumpul bahan dan tulis menggunakan bahasa yang sesuai, kemudian dia bertanggungjawab menyunting tulisan saya. Bila lihat buku itu sudah ada di pasaran, saya rasa seronok untuk menulis lagi,” katanya.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping