Isnin, September 17, 2012


Benda ni dah diulang berjuta - juta kali dah rasanya. Pun puak - puak Pakatan Pembangkang tu masih tak sedar diri jugak ke? Masih lagi nak hidup dalam fantasi?

Berapa banyak janji yang diorang nak taburkan ni? Yang ditaburkan dulu pun masih berlambak - lambak lagi yang tak tertunai, dah nak buat janji baru?

Di Selangor tu sampai nak kena saman sebab janji yang tak ditunaikan. Pun masih ada hati nak buat janji yang bukan - bukan ke?

Sudah - sudah la menipu rakyat ni. Setakat janji kosong je, baik tak payah!!! Lepas tu berjanji pulak nak ikut Perlembagaan Persekutuan.

Bila tak dapat tunai nanti, diorang boleh la gunakan alasan tu. Kata la janji tu tak boleh buat sebab ianya tak ada dalam Perlembagaan atau Perlembagaan tak ditunaikan.

Itu je la alasan yang diorang mampu buat pun. Kita bukan tak tau. Diorang tu kan Penipu Rakyat. Jadi, memang diorang dah tak de kerja lain dah. Asyik nak menipu rakyat tu aje la yang diorang tau buat pun!!! Macam sial!!!
Pakatan yang dianggotai PAS-PKR-DAP melancarkan Deklarasi Kuching tujuh perkara semalam, antara lain menegaskan semula bahawa royalti minyak bagi Sabah dan Sarawak akan dinaikkan daripada lima peratus kepada 20 peratus dan mengembalikan kuasa autonomi kepada kedua-dua negeri itu.
Ia dikeluarkan di Kuching sempena sambutan Hari Malaysia ke-49. Pemerhati dan penganalisis politik melihat ia sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Dalam deklarasi itu, ketiga-tiga parti komponan tersebut berkata Pakatan akan melunaskan setiap ikrar jika membentuk kerajaan baru di peringkat pusat.
Kesemua tujuh perkara yang disenaraikan dalam deklarasi Pakatan ialah:
1. Kerjasama Bersekutu: Memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sarawak dan Sabah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan
2. Perwakilan Adil: Mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.
3. Kewarganegaraan: Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.
4. Pengiktirafan Hak Ke Atas Tanah Adat: Menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.
5. Kecekapan dan Kemandiran Sarawak dan Sabah: Mengiktiraf pelantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.
6. Keadilan Dalam Isu Minyak: Menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah dari lima peratus ke 20 peratus
7. Pembangunan Sekata: Membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping