Hehehe... Ini baru betul. Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Yang ni tumpah ke lantai la pulak. Hahaha!!!
Bila baca kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web ni pun, kita boleh gelak sampai berguling - guling. Ketawa sampai menitis air mata dibuatnya!!!
Semua akibat keBODOHan dia jugak sebenarnya. Dia jugak yang pandai - pandai buat tuduhan yang melulu tanpa usul periksa. Dah kena balun, tau pulak dia menggagap.
Sebelum ini, dia tuduh pihak Polis tidak profesional dan tidak bertugas menjaga keselamatan sewaktu Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Negeri Selangor.
Tuduhan tersebut telah pun dijawab oleh Ketua Polis Negeri sebelum ini. Akibat jawapan yang diberikan oleh Ketua Polis tu la yang membuatkan dia jadi tergagap - gagap.
SHAH ALAM: Dakwaan Exco Selangor Dr Xavier Jeyakumar berhubung kegagalan pihak polis tidak bertugas mengawal keselamatan pada malam sambutan ambang merdeka peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan Khamis lepas ternyata mengundang persepsi buruk rakyat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Namun Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah bingkas menafikan tuduhan bahawa polis tidak profesional, sebaliknya beliau menegaskan bahawa seramai 119 anggota polis telah ditugaskan untuk mengawal keselamatan pada majlis anjuran kerajaan pakatan pembangkang itu.Xavier ketika dihubungi oleh wartawan kami enggan memberikan sebarang komen dan seolah-olah malu dengan kesilapan yang telah dilakukan selepas membuat tuduhan melulu terhadap pihak polis."Saya.. saya tak nak komen (apa-apa) lagi, itu saja," katanya ringkas ketika dihubungi.
Nah!!! Itu pasal la jangan suka sangat buat tuduhan yang melulu - lulu tanpa menyemak fakta yang sebenar. Ikut sedap mulut je. Bila dah kena macam ni, tau pulak dia tergagap.
Tapi nak buat macam mana ye tak. Dah memang perangai diorang macam tu. Suka sangat bercakap menggunakan Kepala Lutut. Bukannya pakai Kepala Otak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.