PETALING JAYA: Sejurus selepas menerima pelbagai tekanan ekorang kenyataan 'Bintulu daif', personaliti TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin meletakkan jawatannya sebagai wartawan penyiaran di stesen televisyen.
Sambil menafikan peletakan jawatan itu disebabkan kenyataan tersebut, Nurul, 28, berkata, keputusan itu dibuat kerana dia ingin memberi tumpuan kepada perkara lain serta berhasrat menyambung pelajarannya pada peringkat sarjana dalam bidang Psikologi atau Tamadun Islam.
“Peletakan jawatan saya juga tiada kena mengena dengan imej berhijab, sebaliknya pihak pengurusan TV3 juga menyambut baik penghijrahan itu.
"Lagipun sepanjang enam tahun bersama TV3, mereka sentiasa menyokong saya,” katanya kepada sebuah portal berita ditemui pada majlis Rumah Terbuka Media Prima Berhad, di sini, semalam.
Peletakan jawatan tersebut berkuat kuasa Jumaat (hari ini).
Pada 2 September lalu, Nurul dan TV3 membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dikritik kerana ulasannya dengan menyebut bandar Bintulu, Sarawak yang akan menjadi lokasi sambutan Hari Malaysia pada 16 September depan sebagai bandar daif sebelum ini.
Ulasan itu dibuat ketika beliau mengadakan lintas langsung sempena perarakan Hari Kemerdekaan ke 55 pada 31 Ogos lalu.
Dalam permohonan maaf itu Nurul tidak bermaksud menghina bandar tersebut sebaliknya ia telah disalah tafsir oleh orang ramai.
Dalam pada itu, Nurul yang juara Malaysian Top Host memberitahu dia juga akan melepaskan tugasnya sebagai pengacara Majalah Tiga dan hanya akan berkhidmat secara sambilan untuk program Malaysia Hari Ini (MHI).
Nurul memberitahu dia sedih dengan keputusan itu tetapi mempunyai perancangan lain selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga termasuklah memikirkan hasrat menimang cahaya mata
"Sedih memanglah kerana terpaksa tinggalkan kerjaya yang amat saya cintai. Tetapi saya anggap ini sebagai satu perubahan dalam hidup untuk menjadi seorang yang lebih baik," katanya.
Nurul yang telah berkahwin dengan Raja Amir Syah Raja Azwa, 30, pada 16 Julai 2011, memulakan tugasnya di TV3 sebagai pengacara Nona.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.