Ahad, September 23, 2012


Nah!!! Korang kaji la sendiri. Siapa dia yang sebenarnya zalim dan sengaja menzalimi rakyat di Selangor ni. Siapa yang rampas keperluan asas diorang.

Kalau la Si Khalid Gagap ni bagus sangat nak menjaga Kebajikan rakyat, kenapa hak mereka ni semua dinafikan secara terang - terangan?

Dah memang jelas Si Khalid Gagap tu yang menganiya rakyat - rakyat dibawah pemerintahan dia. Jangan la nak salahkan orang lain pulak!!! Kalau tak de angin, mana mungkin pokok akan bergoyang!!!
PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor sengaja mengelirukan orang ramai berhubung isu air di negeri ini demi memenuhi agenda politiknya, tanpa menghiraukan kepentingan pengguna dan ekonomi, kata seorang aktivis kepenggunaan terkenal hari ini.

Presidan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Datuk Dr Jacob George berkata maklum balas yang beliau terima menunjukkan bahawa kebanyakan penduduk Selangor keliru tentang pihak manakah yang betul dalam isu berkenaan.

Katanya dalam keadaan yang dibelenggu kekeliruan ini, kerajaan negeri Selangor menimbulkan satu lagi perkara ke dalam isu ini -- bahawa tarif air akan naik sekiranya kerajaan persekutuan meneruskan rancangannya untuk membina loji rawatan air Langat 2.

Dr George berkata beliau kesal apabila mendapati beberapa anggota exco dalam kerajaan Selangor yang sebelum ini merupakan aktivis dalam badan bukan kerajaan (NGO), melihat semua perkara secara negatif, walaupun kerajaan persekutuan berniat baik dalam rancangannya untuk memperbaiki keadaan di negara ini.

"Saya terlibat dengan pelbagai NGO selama 37 tahun. Saya dapat melihat permainan mereka (dalam isu air), strategi mereka dan mereka menimbulkan perkara yang tidak relevan, semata-mata untuk menyekat langkah yang cuba dilaksanakan kerajaan persekutuan," katanya dalam temu bual dengan Bernama.

Dr George mendakwa kerajaan negeri Selangor juga menyeret isu antara pihaknya dengan Puncak Niaga Holdings Bhd ke dalam isu air di negeri ini, sedangkan ia sepatutnya diselesaikan melalui platform lain.

Beliau berkata masa yang digunakan untuk melayan perkara yang tidak relevan itu sepatutnya digunakan untuk menyelesaikan krisis air yang bakal melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
    
"Kenapakah kerajaan negeri melakukan semua ini? Janganlah mencampuradukkan semua ini dan meletakkannya ke dalam satu bakul. Ini tidak betul. 
Ia melibatkan masa depan kami, bukan saja penduduk Selangor, tetapi juga jiran kami (di Kuala Lumpur dan Putrajaya) kerana ia (krisis air) akan memberi kesan serius," kata Dr George.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping