Ahad, September 16, 2012


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin berkata pergerakan itu yang kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menerbitkan filem antiIslam Innocence of Muslims, bercadang mengadakan bantahan besar-besaran Jumaat ini.
   
Beliau berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah menghina Nabi Muhammad  SAW dan agama Islam tidak boleh dipandang remeh dan perlu ditentang demi mempertahankan maruah agama Islam sejagat.
   
Pemuda Umno akan mengadakan bantahan secara besar-besaran pada Jumaat ini bagi menzahirkan rasa kesal terhadap penerbitan filem antiIslam itu, katanya.

Lokasi dan cara bantahan itu sedang dibincangkan dan dimaklumkan dalam waktu terdekat.
   
"Bantahan ini dibuat tanpa mengira fahaman politik dan diharap ia akan menjadi  platform kepada umat Islam menyuarakan kepada dunia bahawa perbuatan yang tidak  bertanggungjawab dan tindakan menghina Islam dan Nabi Muhammad tidak boleh dipandang  remeh.
   
"Sehubungan dengan itu Pergerakan Pemuda juga mengalu-alukan Dewan Pemuda Pas untuk turut serta mengadakan bantahan, ini adalah masalah sejagat yang perlu ditangani segera,"  katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Permatang Pauh di Dewan Mutiara, Politeknik Permatang Pauh.
       
Beliau mengulas mengenai filem antiIslam Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad dan agama Islam, arahan Sam Bacile, 52, dari California yang disiarkan dalam laman YouTube, yang telah mencetuskan kemarahan orang Islam di seluruh dunia.
   
Khairy berkata, pihaknya sedang menunggu jawapan daripada Dewan Pemuda Pas mengenai pelawaan untuk bersama-sama mengadakan bantahan itu nanti.
   
Sementara itu, beliau turut mengingatkan anggota Umno khususnya di Pulau Pinang agar tidak mengamalkan sikap cepat mengaku kalah sebelum berjuang kerana segala kemungkinan boleh berlaku di dalam politik.
   
"Setiap ahli perlu yakin dengan kemampuan untuk memberi saingan yang hebat pada pilihan raya umum akan datang, tidak mustahil kita boleh menang di kawasan yang diwakili pembangkang," katanya. - Bernama

Ps: Cerita bab UMNO dan PAS nak bersatu tu pun dah jadi satu hal. Yang KJ rasmi mesyuarat perwakilan Permatang Pauh ni pun boleh buat Si Ketua Penipu tu pecah kepala jugak dibuatnya!!! Hahaha...
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping