Khamis, September 20, 2012


Dah macam orang kena sawan dah puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Bila orang cakap, diorang tak nak dengar. Nak jugak ikut sedap diorang.

Sekarang, mana diorang nak letak muka? Tak ke songeh jadinya. Kalau hari tu, pandai sangat diorang buat spekulasi pasal tarikh PRU ni.

Mula kata PM akan buat masa musim Haji iaitu bulan depan. Tak jadi propaganda yang diorang bawak tu. Balik kena maki je dengan ahli parti sendiri.

Diorang tukar pulak. Lepas Raya Aidilfitri katanya. Sekarang dah nak habis dah tempoh hari Raya Aidilfitri, masih jugak PM tak umum tarikh PRU.

Lepas tu, diorang buat pulak dakwaan kata bulan November. Dah bulan November tu UMNO buat Perhimpunan Agung pulak dah. Nak kata apa lagi diorang ni? Terkedu sendirian aje la nampak gayanya!!! Meroyan pun dah tak guna, buat mengabihkan masa je!!!
KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO tahun ini akan berlangsung dari 27 November hingga 1 Disember depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata perhimpunan lima hari itu akan dimulakan dengan taklimat presiden pada 27 November diikuti dengan perasmian perhimpunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pada sebelah malam.

“Dari 28 November hingga 1 Disember pula akan berlangsung perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri manakala pada 29 November hingga 1 Disember ialah Perhimpunan Agung UMNO,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Najib juga berkata, sehingga 18 September sebanyak 176 bahagian UMNO sudah bermesyuarat manakala baki 15 bahagian lagi dijangka berbuat demikian pada hujung minggu ini.

Perdana Menteri berkata, Majlis Tertinggi juga menerima syor daripada Jawatankuasa Pengurusan parti mengenai tatacara penerimaan permohonan keahlian di peringkat bahagian dan cawangan.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping