Paris Hilton kembali mencuri perhatian ramai. Tapi kali ini 'kontroversi' yang dicetus betul-betul memakan diri.
Dek kelantangannya menempelak kaum gay telah menyebabkan selebriti popular ni terpaksa berdepan dengan masalah.
Apa yang telah dikatakannya hingga menyebabkan kaum gay naik angin? Semuanya bermula apabila Paris Hilton berbual dengan seorang lelaki gay di dalam sebuah teksi.
Kedua-duanya dalam perjalanan pulang dari menyaksikan pertunjukkan fesyen sempena Minggu Fesyen New York, baru-baru ini.
Entah macam mana, perbualan mulai panas saat keduanya membahaskan tentang jenama baru satu telefon pintar, Grindr. Telefon tersebut dilengkapi aplikasi yang memudahkan para lelaki gay saling bertemu dan berkumpul.
"Ew, ew... lelaki gay adalah orang-orang yang paling menjengkelkan di dunia. Mereka menjijikkan. Sebagian besar dari mereka mungkin terjangkit AIDS.
Aku paling takut kalau aku jadi seperti mereka. Kamu semua (lelaki gay) boleh mati kerana AIDS," kata Paris secara tiba-tiba.
Lantas kata-kata itu pantas membuat kaum LGBT (Lesbian, gay, biseksual dan transgender) bengang!
Golongan tersebut beranggapan Hilton tidak sepatutnya berkata begitu kerana sebelum ini dia dikenali sebagai individu yang disenangi oleh kaum sejenis itu dan merupakan penyokong kuat golongan gay.
Bagaimanapun menurut laporan ABCNews.com, wakil Paris memberitahu yang selebriti itu tidak bermaksud mahu menyinggung perasaan kaum gay.
Paris dikatakan sekadar memberikan pandangannya - "adalah berbahaya bagi sesiapa pun yang mempunyai hubungan seks tanpa perlindungan kerana ia boleh membawa kepada penyakit yang mengancam nyawa."
Ini bukan kali pertama wakil Hilton cuba untuk menerangkan tingkah laku personaliti itu. Mengikut ABCNews.com. pada tahun 2010, wakilnya terpaksa tampil membuat penjelasan mengenai kontroversi Hilton yang di dakwa melakukan tabik Nazi semasa berpesta di atas kapal layar di Perancis. Wakilnya memberitahu yang Hilton tidak berbuat sedemikian sebaliknya hanya menari.
Amboi ko semut hitam, paris hilton yek...bung nuar nk marah ke? He he he...dia sapu semuanya...
BalasPadam