Mudah sungguh bagi Subky Latif membuat tuduhan bahawa Genting beli saham FGVH. Mudah sebab tak payah guna fakta, angka dan bukti apa-apa untuk menguatkan tuduhan.
Siapa saja boleh menuduh apa saja malah kita juga boleh menuduh Subky Latif atau Hadi Awang ada membeli saham Genting.
Kemudian kita boleh melalut-lalut dengan mengaitkan keturunan, kenalan dan sahabat handai mereka sambil memburuk-burukkan semua benda.
Kalau kita baca sekali, nampak sangat dia bukan nak mempersoalkan Genting atau saham FGVH, tetapi sebab dengki dengan usaha keras Perdana Menteri membantu Peneroka.
Sebenarnya, sikap orang-orang PAS ini sama saja, tak kira penulis, penyokong atau pemimpin. Semuanya serupa je.
Iaitu mereka gemar mempersoalkan tahap ‘keIslaman’ orang lain di samping menonjolkan diri sebagai yang ‘lebih Islam’ atau ‘paling Islam’.
Dalam hal ini, mereka sengaja membangkitkan persepsi seolah-olah pengurusan Felda tidak tahu halal-haram atau tidak cukup Islam. Macam la diorang tu Islam sangat.
Yang jelas, mereka GAGAL dalam isu FGVH ni sebenarnya. Mereka GAGAL halang penyenaraian. Maka terbongkar la segala penipuan dan niat jahat diorang.
Semuanya membuatkan diorang menyesal sebab tergadai peluang untuk sama-sama memperoleh keuntungan. Sekarang, diorang cuba la nak ubah perhatian rakyat pulak.
Untuk PAS dan Subky Latif, tidak perlulah meragui keIslaman FGVH kerana sesungguhnya pihak yang mengurus FGVH juga cukup peka dengan halal-haram sesuatu urusan.
Apa yang jelas haram atau dosanya di sini ialah tindakan menuduh dengan niat memfitnah terhadap orang lain seperti apa yang dilakukan oleh Subky Latif, Harakahdaily dan PAS.
Saham FGVH adalah bertepatan dengan syariah berdasarkan prospektus dan setakat ini, tiada pemegang saham atas nama ‘Genting’ yang direkodkan.
Bagaimanapun, jika Genting yang membeli saham sepatutnya bukanlah satu isu tetapi yang sepatutnya menjadi isu ialah jika FGV yang membeli Genting.
Tetapi ini tidak pernah dan tidak mungkin berlaku selagi ia dipantau oleh kerajaan yang didominasi oleh orang Islam.
Lainlah kalau Pakatan Pembangkang yang memerintah dengan Si Ketua Penipu tu yang membawa fahaman pluralisme menjadi Perdana Menteri kelak. (Nauzubillah).
Nak pulak kalau puak - puak DAPigs tu yang menjadi tulang belakangnya, maka mungkin sesuatu seperti itu boleh berlaku. PAS pulak setakat jadi Pak Angguk Saja.
Dengan itu, Subky harus ingat bahawa bukan dia sahaja yang Islam di Malaysia ini. Orang-orang UMNO, majoriti peneroka Felda dan pengurusan FGVH juga Islam.
Bezanya, satu pihak gemar mempertikai iman dan ilmu agama orang lain dan satu pihak lagi tidak. Walhal satu pihak tu tak de buat apa pun nak tegakkan Islam di Malaysia ni.
Justeru, tak usahlah Subky melalut menulis panjang-panjang sekadar untuk melepas geram memburukkan Perdana Menteri, keluarga dan tokoh-tokoh UMNO.
Tidak berbaloi menambah dosa sedangkan Perdana Menteri dan orang-orang yang dikutuk Subky langsung tidak terjejas dan tidak terasa apa-apa.
Padahal Perdana Menteri kekal tenang bekerja untuk rakyat, peneroka Felda terus gembira mendapat nikmat, Felda terus maju dan meningkat. Cuma Subky dan PAS saja yang penuh dengan dendam kesumat!!! - sumber
Photoshop jea nampak?
BalasPadamFitnah nie bahaya.
hidup mereka hanya bermodalkan mencari keburukan orang dengan cara menipu dan menjaja serata tempat tanpa peduli benar atau tidak. mereka mengaku mereka parti Islam tapi tegahan Rasulullah yang jelas melarang mencari-cari dan mencipta pembohongan tak mereka hiraukan. sebab. hidup parti mereka hanyalah atas fitnah dan mereka-reka keburukan orang bukannya atas khitbat bakti. sebab itulah sampai hari ini mereka masih meminta-minta wang dalam setiap ceramah seperti peminta sedekah. kalau benar mereka parti yang memperjuangkan negara berkebajikan, sepatutnya merekalah membahagi-bahagikan wang kepada semua yang hadir dalam ceramah mereka kerana bukankah Rasulullah dah kata bahawa yang memberi tiu lebih mulia dari yang menerima.
BalasPadam