Khamis, September 27, 2012


Mak aih!!! Ini betul - betul pedih ni. Kasar betul puak - puak Gerakan Penang ni bergurau dengan Si Biawak tu ye. Siap offer diri nak carikan rumah untuk dia lagi.

Tapi jenis Si Biawak 'Tokong' ni bukan tau nak bergurau. Setakat bergurau kasar macam ni, dia bukan faham sangat. Maklum la, spesis Biawak tak sedar diri la katakan.

Tinggal lagi, puak - puak Gerakan Penang ni sebenarnya sayang dengan Si Biawak ni. Sebab tu la diorang nak sangat tolong Si Biawak tu cari rumah sewa. 

Kalau tidak, takkan la Si Biawak tu nak merempat kat tepi jalan pulak ye tak. Andai kata dia betul - betul nak raih simpati rakyat, bagus jugak dia merempat kat kaki lima Penang tu. Bagus la dari dok menyusahkan orang je kerjanya!!!
PULAU PINANG 26 Sept. - Pemuda Gerakan sedia membantu mencari kediaman baru untuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng jika benar perjanjian penyewaan banglo yang dihuni sekarang di Jalan Pinhorn di sini tidak diperbaharui oleh pemiliknya, iaitu Cik P.

Naib Pengerusi Pemuda Gerakan negeri, Tan Kah Leong berkata, beliau sanggup berbuat demikian berikutan sudah bosan dengan pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang yang bersikap kebudak-budakan dalam perkara tersebut.

Menurutnya, sikap mereka itu seperti cuba memperbodoh-bodohkan rakyat bagi menutup kelemahan pentadbiran kerajaan negeri.

"Kalau betul dia (Guan Eng) tidak dapat lagi tinggal di banglo sekarang, saya sendiri tawar diri nak bantu dia carikan rumah sewa baru.

"Tidak perlulah 'berlakon' untuk mendapatkan belas kasihan rakyat dengan mengada-adakan cerita yang bukan-bukan.

"Sebagai pemimpin politik apabila memberikan alasan tidak dapat lagi tempat tinggal hingga terpaksa tidur di luar rumah nampak seperti budak-budak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Ps: Jangan diorang bagi Si Biawak tu duduk dalam rumah macam kat atas tu sudah la!!! Rumah tu Si Mat Muka Bulan dah tempah dah hari tu!!! Itu pasal la dia marah sangat dengan SPR!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping