Selasa, September 18, 2012


Hahaha!!! Sekarang semua orang dah jadi songeh. Termasuk la Si Ketua Penipu tu sekali. Tapi dia memang jenis manusia yang tak malu.

Kalau sebelum ni, semua orang kata yang perbalahan diantara Ustaz Nasha dengan Si Karpal Whilchar tu adalah atas dasar peribadi.

Apa yang dinyatakan oleh Ustaz Nasha tu kononnya bukan pendirian PAS secara keseluruhannya. Tak de kaitan lansung dengan PAS.

Sekarang, apa lagi yang diorang nak kata? Nak kata yang Si Nik Aziz tu pun mempunyai pendirian peribadi? Nak kata Harun Taib ni ada pendirian peribadi?

Kalau diorang nak bagi pendirian peribadi, suruh la diorang letak jawatan dulu!!! Kalau masih jugak pegang jawatan, pandangan peribadi menda kejadahnya!!! Apa yang diorang cakap tu memang mewakili parti. Nak bagi alasan peribadi kepala hotak dia!!!
PETALING JAYA: PAS akan mencadangkan agar hukum hudud dilaksanakan di negeri-negeri yang ditadbir mereka, kata Ketua Dewan Ulama parti itu, Datuk Harun Taib.

Beliau berkata parti itu perlu mampu melaksanakan hukum hudud apabila diberi mandat untuk memerintah kerana ia adalah selaras dengan prinsip-prinsip demokrasi.

"Kami berpegang dengan konsep sokongan majoriti dan pemerintahan majoriti yang termaktub dalam prinsip-prinsip demokrasi," katanya.

Harun berkata beliau menyokong kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa pelaksanaan hudud tidak perlu ditangguhkan kerana ia adalah satu kewajipan agama dan bukannya pilihan.

Jawatankuasa teknikal Kelantan yang dibentuk untuk membincangkan pelaksanaan hudud di negeri itu akan mengadakan mesyuarat kedua tidak lama lagi.

"Kita akan membincangkan terma rujukan serta tindakan yang dicadangkan dan tindakan susulan," kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa tersebut, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar berkata walaupun Kelantan telah meluluskan enakmen itu 19 tahun yang lalu, kerajaan negeri tidak mampu untuk melaksanakannya kerana bantahan daripada Kerajaan Persekutuan.
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Dulu kalau ada bantahan adalah kerana persediaan untuk masih belum dikemaskan. Sekarang takkanlah persediaannya belum dibereskan. Walau pun Pas sendiri tidak memberi sokongan malahan membantah ketika perkara 121(1A) diluluskan di Parlimen dalam tahun 2006 dulu. Sekarang kalian kata nak laksana eloklah; laksanakan saja lah.

    BalasPadam
  2. Janganlah pulak dengan bantahan dari Karpal dan LKS sahaja kerajaan Pas Kelantan, Kedah, Selangor (?) dan Pulau Pinang (?) nak gagalkan agenda hudud itu ? Karpal, LKS dan DAP itu siapa ? Tidak ada kena mengena dengan Pas pun.

    BalasPadam
  3. istihar hukum hudud di kelantan sebelum pru 13

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping