Ahad, September 23, 2012


Hah!!! Sekarang macam mana? Siapa yang sebenarnya tandus idea ni? Barisan Nasional ke atau puak - puak Pakatan Pembangkang tu?

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Tokong Biawak tu akhirnya terkena jugak pada muka mereka sendiri bila PKR Selangor dengan selambanya membuka aib mereka.

Dalam sibuk - sibuk orang mempertikaikan mengenai pemerintahan Pakatan Pembangkang pimpinan Khalid Gagap di Selangor, tiba - tiba pulak Si Zuraidah Mak Lampir ni buat hal.

Entah dari mana datangnya persoalan mengenai siapa Menteri Besar Barisan sekiranya Pakatan tewas di Selangor kelak jelas menunjukkan yang diorang ni dah tandus idea.

Diorang jelas tak mampu nak jawap persoalan - persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat, maka terpaksa la diorang cari jalan lain.

Dalam waktu yang sama, persoalan - persoalan mengenai kebajikan rakyat, isu air, isu Talam dan Unisel hangat diperkatakan tidak satu pun dijawab oleh pemimpin Pakatan.

Kenapa diorang tak jawab soalan tu semua? Ke diorang ni jenis manusia yang menjawab soalan dengan soalan jugak? Apa la kebengap sangat diorang ni!!!

Kalau dah tak dapat nak jawab soalan, cakap je la. Mengaku je diorang memang GAGAL memerintah Negeri dengan baik. Cakap je diorang ni GAGAL nak laksanakan janji yang dah dibuat. Tak payah la nak buat kerja yang bukan - bukan!!!
SHAH ALAM – Cabaran PKR meminta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bakal Menteri Besar Selangor memperlihatkan Pakatan Rakyat (PR) seolah-olah bakal mengangkat ‘bendera putih’ daripada negeri itu kelak.

Ketua Puteri Umno Negeri, Suhaila M Zin berkata, ini kerana, tindakan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin membuat cabaran itu jelas menunjukkan ‘tanda-tanda’ itu kerana beliau mempersoalkan siapa calon Menteri Besar Selangor daripada BN sendiri.

“Saya cukup tertarik dengan kenyataan YB (Yang Berhormat) Zuraida yang minta TPM (Timbalan Perdana Menteri) mendedahkan calon Menteri Besar daripada BN. Mereka (PR) sudah kalah ke? Kenapa persoalkan MB dari kalangan pemimpin BN?

“Pada pendapat saya, PKR akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti sebab mereka sendiri yang minta (persoalkan) siapa MB Selangor daripada BN,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping