Selasa, September 18, 2012


Apa kena pulak dengan orang tua ni? Apa pasal pulak dia nak malukan anak sedara dia dan macam mana pulak dia buat?

Seperti mana yang kita sedia maklum, perbalahan diantara Si Karpal Whilchar dan Ustaz Nasha berkaitan dengan Hukum Hudud masih belum selesai.

Perbalahan tersebut mengundang banyak masalah dan spekulasi dari kepimpinan Pakatan Pembangkang. Ahli - ahli parti sendiri turut mempertikaikannya.

Kata Ustaz Nasha, PAS perlu keluar dari Pakatan sekiranya mereka benar - benar mahu melaksanakan Hudud dan Karpal adalah seorang musuh Islam.

Kenyataan Ustaz Nasha ini telah dianggap sebagai kenyataan peribadi. Kononnya pendirian Ustaz Nasha ni bukan mewakili parti PAS secara menyeluruh.

Padahal, PAS sendiri sering mendabik dada mengatakan yang mereka tetap memperjuangkan Hudud walau dengan apa cara sekali pun.

Jadi, bagaimana mungkin pendirian Ustaz Nasha berkaitan dengan isu itu juga tidak dianggap sebagai pendirian parti? Adakah PAS sendiri takut dengan bayang - bayang mereka sendiri?

Nah!!! Sekarang, Si Nik Aziz tu pulak keluarkan kenyataan bahawa perlaksanaan Hukum Hudud ni tak perlu ditangguhkan. Ia perlu dilaksanakan segera.
KUALA LUMPUR 17 Sept. - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menyokong pendirian Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa pelaksanaan hukum hudud tidak boleh dilengah-lengahkan kerana ia merupakan sebahagian daripada undang-undang syariah yang wajib ditunaikan.
Maka, kesimpulannya, memang betul la apa yang Ustaz Nasha sebut sebelum ini dan ianya memang pendirian parti PAS selama hari ini.

Tapi kenapa pulak pemimpin PAS macam Pak Berahim boleh keluarkan kenyataan dan kata sebaliknya? Nampak sangat dia sengaja nak tutup pekung didada.

Jika benar Hukum Hudud ni perlu dilaksanakan segera dan tidak perlu ditangguhkan, kenapa tidak PAS desak Pakatan Pembangkang jadikan Hudud sebahagian dari manifesto mereka? Kalau setakat bercakap je baik tak payah!!! Mengabihkan masa je!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. apabila mrk memperkudakn agama utk kpentingn mrk maka tggulh balasn dr-nya.
    ssama manusia niat dlm ht boleh dselindung2kn skalipun dgn 'kbenaran terpilih' ykni fakta ttg se1 e2 hnya dnyatakn sbhgian drnya mnkala sbhgian lg plk dsmbunyikn - atas apa alsn skalipun...perbuatan sprti ini tetap salah krn sprti jg keadilan maka 'adil' yg hakiki adlh 'adil' yg mliputi kdua2 pihak, smda pihak yg ddakwa @ mndakwa.
    dlm kontek hudud , hukum / undg2 yg nk dkuatkuasakn ini hendaklh mliputi stiap org smada muslim @ non-muslim ..jk asas ini pun xmampu nk dlksanakn 'adil'nya hukum islam xakn dpt dtrjemahkn sbgmna dtuntut agama.malah memperkukuhkn sgala persepsi negatif trhdap agama suci ini.
    cukuplh puak2 kafir e2 mperlekehkn islam jgnlh plk akbt sntimen & nfsu , kita gelumang cemarkn plk dgn tgn2 kita sendiri.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping