Kadang - kadang, pelik jugak dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Suka sangat diorang ni buat kerja - kerja yang tak berfaedah.
Sejak tiga tahun yang lalu, diorang mula buat benda - benda yang tak masuk akal memberi keuntungan buat rakyat. Yang diorang buat hanya sekadar menipu rakyat.
Hampir saban tahun juga mereka bentangkan bajet bayangan yang tidak membawa sebarang erti kepada rakyat. Jangan kata nak menguntungkan.
Mana tidaknya. Diorang sekadar mampu membentangkan bajet yang lansung tak dapat nak dilaksanakan. Satu apa pun diorang tak mampu nak buat dengan bajet tu.
Tak ke itu hanya membuangkan masa je namanya? Penat - penat pikir dan pecah kepala nak susun ayat, tapi satu hapah pun tak dapat nak dibuat.
Kalau nak suruh diorang laksanakan di Negeri - Negeri dibawah pemerintahan diorang pun, tak de satu pun yang buat. Semuanya ikut acuan masing - masing.
Sebagai contoh, pendidikan percuma. Ada negeri yang bagi pendidikan percuma ni kepada rakyat? Kenapa diorang tak buat di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang atau pun Selangor?
Itu satu persoalan yang sampai hari ni diorang tak mampu nak jawab. Sebab jelas, selera masing - masing berbeza. Setakat cakap je lebih, tapi buat tak reti.
Itu satu hal. Yang satu lagi orang tak faham sampai sekarang ialah: diorang suka buat bajet bayangan. Tapi kenapa diorang tak berani dedahkan Kabinet Bayang mereka?
Apa sebabnya diorang takut sangat nak namakan Kabinet Bayangan yang pernah dicabar oleh pemimpin - pemimpin BN hari tu?
Sampai hari ni, haram satu hapah pun diorang tak buat. Pun berselak - selak nak buat bajet bayangan jugak ke? Macam mana Si Nurul Izzah tu boleh naik 'ghairah' dengan bajet diorang ni??? Setakat mimpi 'basah' boleh la!!!
Sinar Harian quoted Nurul Izzah described the budget as "memberansangkan" or a turn-on. Perhaps it turn-on the daughter of an adopted Korean because union-leader Syed Sharir claimed it is good for rakyat. - read more
belanjawan angan angan boleh dibuat oleh sesiapa saja .......Orang boleh buat angan angan nak buat payung besar untuk melindungi negara dari hujan dan panas .Orang juga boleh berangan angan untuk memberi semua rayaat RM 2000 setahun sebagai imbuhan .Boleh juga berangan angan itu dan ini bila berkuasa nanti .Akan tetapi setelah berkuasa macam kerajaan selangor yang dikuasai oleh PR berapa banyak janji yang merika mungkir .Membuat belanjawan tampa fakta yang cukup serta tidak tahu tahap kewangan didalam simpanan adalah kerja gila .......so janganlah menaruh kerpercayaan kepada belanjawan yg dibuat oleh PR ni........Kan anwar tu gila ........
BalasPadam