Tubuh langsingnya dibalut sepersalinan dress Faizell Azraf nan glamor, lengkap bersepuh perhiasan kemas mewah tajaan Habib Jewels.
Bermula dengan penampilan cameo di dalam sebuah iklan komersil, nama Rozita Che Wan mula meniti dari bibir ke bibir. Dia mempunyai pakej lengkap.
Rupa menawan dan paras tubuh langsing. Walaupun sudah mempunyai dua orang anak dan berusia di hujung 30-an, dia tetap mengagumkan.
Justeru tidak menghairankan apabila wanita ini dianggap sebagai ikon dan terus dijadikan inspirasi wanita kini.
Ditanya tentang rahsia kejelitaan Rozita, beliau tanpa berselindung bercerita tentang set penjagaan wajah Safi Rania Gold yang diamalkan sejak dulu.
Rejim kecantikan beliau bermula seawal pagi dengan mencuci kulit wajah, diikuti sapuan penyegar dan serum. Langkah demi langkah ini penting kerana wajahnya sentiasa ‘bermandi’ solekan tebal setiap hari.
“Langkah ini perlu untuk memastikan sel kulit mati disingkir. Pemakaian krim malam Safi Rania Gold pula membantu menggalakkan kelahiran sel baru, jadi wajah saya tampak lebih segar dan muda sebaik terjaga daripada tidur.”
Rozita juga turut memuji keberkesanan bahan terbaru amino-peptida yang ditambah ke dalam ramuan Safi Rania Gold.
“Terutama serum yang saya amalkan kini! Ia mampu membuatkan kulit lebih anjal dan meratakan kedutan dengan lebih baik.
"Sebagai artis, saya perlukan skincare yang terbaik dan saya yakin produk ini membantu membuat saya tampak lebih cantik. Jerawat juga kian berkurangan," ucap Rozita yang turut merupakan duta Safi Rania Gold untuk dua tahun berturut-turut.
Akuinya, produk ini benar-benar menawarkan penyelesaian untuk wajah yang lebih anjal, cerah dan awet muda. “Hari saya lebih lengkap semenjak menggunakan jenama ini. Ia menjadi rahsia kejelitaan wanita tanpa mengira usia!”
Ia dirumus dengan Nano Emas 24K, gabungan protein mutiara dan vitamin B3 untuk mengurangkan kedalaman kedutan sehingga 55%.
Produk yang selamat dan suci ini juga mampu mencerah serta membantu menjadikan wajah anda, sehalus dan semuda Rozita Che Wan!
Pinggang ramping dengan saiz sekecil 23” turut membuatkan penampilan dramatis popular ini sentiasa menawan dalam apa jua busana.
Mencungkil rahsia kesihatannya, Rozita mengakui tidak pernah berpantang nasi seperti yang diamalkan oleh segelintir individu.
“Eh, saya wajib makan nasi dua kali sehari! Lauk-pauk pula saya banyakkan sayuran dan ikan. Selain itu cara untuk mengecilkan pinggang ialah dengan senaman seperti bermain futsal, badminton dan buat gerakan sit-up setiap hari.”
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.