Isnin, September 17, 2012


“NAMPAKNYA mereka dah semakin melarat-larat. Sudahlah gosip antara Aidil (Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak) dan Jue Aziz menyusahkan saya kerana saya terpaksa menjawab kepada pihak media yang ingin mendapatkan kepastian berhubung isu berkenaan.

“Kemudian, cakap pula saya menuduh Ayu Raudhah yang memperkenalkan Aidil kepada Jue. Walhal semaklah kembali mana-mana kenyataan saya dalam media, saya tak pernah pun membangkitkan nama Ayu langsung!

Rita berkata, ramai pihak memberikan komen di twitter selepas suaminya juga pemain skuad kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, mengeluarkan kenyataan di sebuah akhbar, baru-baru ini. 

Dalam kenyataan itu, Aidil melahirkan rasa simpati kepada adik iparnya (Ayu Raudhah) yang sedang mengandung kerana tertekan dikaitkan sebagai individu yang memperkenalkan Aidil dan Jue.



“Kenalan saya itu yang menggunakan nama ‘darofyna’, memberikan pendapatnya dan berkata masa saya mengandung dulu, Aidil sendiri sanggup nak ceraikan saya dan Aidil tak fikir pula nak jaga emosi saya.



“Kami berkomunikasi mengenai kenyataan Aidil dalam akhbar yang berasa simpati apabila emosi adik iparnya terganggu.

“Kemudian saya membalas dan berkata sekarang barulah dia (Aidil) sedar bagaimana perasaan saya ketika mengandung dulu macam mana. Allah Maha Adil. Itu saya tujukan kepada Aidil dan sekali lagi saya tegaskan kami hanya berbual soal Aidil.

“Tapi kenapa pula Ayu nak terasa? Patutlah Aidil hantar mesej maki hamun saya tiba-tiba? Dia kata saya hati busuk dan macam-macam.

“Ingat saya ini tak ada perasaan ke? Tiba-tiba nak serang dan tuduh saya mengata Ayu. Serius saya tak faham dengan mereka ini. Kalau dah tak suka saya, kenapa sibuk intai twitter saya, sedangkan twitter saya tertutup yakni ‘private’ dan ‘lock’. Ia hanya untuk peminat saya saja,” kata Rita.

Rita menambah lagi, sebelum ini Ayu dan suaminya, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, pernah menyamakan dirinya dengan anjing, apabila setiap kali kenyataan Rita keluar di sebuah akhbar mingguan.

“Ada orang sampaikan kepada saya, mereka suami isteri mengata kenapa anjing ni selalu menyalak setiap hari Ahad? Sumber itu memaklumkan, pasangan berkenaan memang tujukan kepada saya selepas sumber itu sendiri bertanya kepada mereka.

“Tapi saya tak kisah pun, suka hati mereka nak kata apa sebab mereka ada mulut. Saya tidak rugi apa-apa. Lagi saya dihina lagi besar pahala saya dapat. Namun, apa yang sangat disesalkan Aidil tak nampak pula kesalahan mereka berdua.

“Malah Ayu yang tuduh saya kaitkan dia dalam rumah tangga saya. Saya nak tanya dia, bukan ke dia sendiri yang kaitkan dirinya dalam rumah tangga saya ketika dia menolong hantar Aidil dan masuk ke dalam perkarangan rumah saya untuk mengambil motosikal Aidil sewaktu Aidil melarikan diri dari rumah dulu? Itu bukan bersubahat namanya?

“Tolonglah, ini membabitkan hidup saya. Kalau dia seorang yang bijak, bukan itu caranya dia hendak tolong sekali pun membabitkan abang ipar ke atau abang kandung. Tak manis rasanya.

“Bukankah lebih elok nasihat yang baik-baik abang iparnya itu dan bukan tolong ambil motosikal dan keluar dari rumah. Sekarang dia pula yang tuduh saya babitkan dia dalam masalah rumah tangga saya dengan Aidil.

“Apa yang dia (Ayu Raudhah) mahu sebenarnya? Kalau dia nak sangat keluar dalam akhbar dan ghairah sangat nak bagi kenyataan, berilah kenyataan isu orang sedang perkatakan sekarang kononnya pernah nampak dia keluar makan bersama suami saya, Aidil dan Jue. Kenapa nak buat kenyataan benda yang tak ada, tapi nak diadakan? Mengapa dia sibuk nak terasa benda yang saya tidak tujukan kepada dia?” kata Rita lagi.

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping