Ahad, September 23, 2012


Sejak kebelakangan ni, orang banyak cerita pasal Pilihan Raya Kampus. Dah macam Pilihan Raya Umum dah nampak gayanya.

Pilihan Raya Kampus ni pun dengar cerita tak kurang hangat jugak. Sengit dan banyak juga permainan persepsi yang berlaku.

Walaupun secara dasarnya ia berlansung secara bebas, tetapi timbul jugak dakwaan mengatakan yang Pilihan Raya Kampus ni ada campur tangan orang luar.

Nak pulak dari kalangan puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Kalau dulu, berkokok diorang bangga dengan kemenangan besar Pro Mahasiswa.

Kebanyakkan ahli Pro Mahasiswa atau Pro-M ni semuanya pengikut - pengikut Pakatan Pembangkang. Mereka di'kader'kan secara tersembunyi.

Di Universiti Malaysia Pahang tak kurang jugak hebatnya. Kebanyakkan ahli - ahli Pro-M ni mengikut telunjuk Parti Angguk Saja tu. Tapi tak heran la.

Kebanyakkan pelajar di UMP ni pun bukan anak Pahang. Kebanyakkannya orang luar. Yang ramainya dari Kelantan dan Terengganu. 

Jadi memang diorang akan bawak doktrin puak - puak PAS. Sebab itu sebelum ini kita tengok diorang sering menjemput Pak Berahim tu bagi kuliah.

Tapi itu dulu sewaktu Pro-M ni menguasai UMP. Sekarang ni, tak de dah la nampak gayanya. Sekarang keadaan dah berubah.

Dalam kehangatan Pilihan Raya Kampus UMP ni, hanya ada dua orang sahaja dari puak - puak Pro-M tu yang layak bertanding. Yang lain semua bertanding secara individu.

Maka wujud la spekulasi mengatakan yang pihak Universiti tidak adil kerana menggunakan syarat yang cukup ketat. Setiap calon perlu menghadiri kursus.

Setiap calon jugak disyaratkan untuk memiliki keputusan 2.5 ke atas. Kalau tidak, mereka tak layak bertanding. Jadi, Pro-M hanya ada dua orang sahaja yang layak.

Bayangkan. Nak jadi pemimpin tapi diorang sendiri pun malas. Yang layak dua orang tu pun sekadar cukup - cukup makan sedangkan calon lain semua lebih 3.0 ke atas.

Tapi nak pelik apa ye tak. Sedangkan pemimpin Pakatan Pembangkang tu pun ada yang tak lulus SRP. Masih jugak bermimpi nak jadi Perdana Menteri. Dasar tak sedar diri!!!

UMP menawarkan 22 kerusi iaitu 14 kerusi fakulti dan 8 kerusi Umum sahaja untuk dipertandingkan. Maknanya, kemungkinan untuk Pro-M menang majoriti sangat tipis. Tapi, siapa suruh diorang sibuk sangat nak berpolitik ye tak. Sekarang, ini la ubatnya!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping