Buat anak kesayangan kepada Si Ketua Penipu ni, kalau sehari dia tak tabur fitnah, memang tak sah. Macam tak makan nasi la kiranya.
Dan ianya akan membuatkan dia terasa macam ada sesuatu yang tak lengkap dalam jadual sehariannya. Jadi, tak pelik la kalau dia suka tabur cerita - cerita dongeng.
Sejak dia kantoi buat fitnah mengenai kapal Selam Scorpene, Si Nurul Izzah ni masih lagi tak serik - serik. Dia cuba sehabis daya untuk memburukkan pihak Kerajaan.
Kali ini, dia buat pulak cerita pasal kehilangan kawalan radar di Pusat Kawalan Udara beberapa minggu yang lalu. Tinggal lagi, Si Nurul Izzah ni tak cerita semua.
Dia setakat cerita pasal kehilangan kawalan tu sahaja. Dia tak cakap pun mengenai punca yang berlaku sebenarnya. Dalam ertikata lain, dia setakat cuba memutar belitkan fakta.
Sekarang, Pusat Kawalan Udara dan Jabatan Penerbangan Awam tampil menafikan dakwaan yang dibuat berserta dengan punca masalah yang berlaku.
Apa lagi yang hendak dipertikaikan oleh Si Nurul Izzah ni? Masih jugak ke dia nak tegakkan benang yang basah? Tak puas lagi dia dibogelkan depan khalayak ramai?
Tolong la!!! Buat sekali dalam seumur hidup dia, cari la kerja yang berfaedah sikit untuk dia buat. Dia kena sedar yang dia tu wakil rakyat. Buat la kerja untuk menjaga rakyat. Bukan menipu rakyat je kerjanya!!!
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menafikan hilang kawalan terhadap pesawat di sektor Pusat Sistem Kawalan Udara Kuala Lumpur selepas gangguan bekalan tenaga menyebabkan radar pusat tidak berfungsi lebih sejam minggu lepas.
"Kami alami gangguan kuasa ekoran masalah dengan pemutus litar dan radar tidak beroperasi," akui Ketua Pengarah DCA Azharuddin Abdul Rahman kepada Malaysiakini.Beliau menegaskan, masalah itu tidak berkaitan dengan kawalan trafik udara tetapi hanya gangguan tenaga. Azharuddin menjelaskan pihaknya tidak perasan apabila pemutus litar terputus. Bagaimanapun, tambahnya, walaupun bekalan alternatif kembali seperti biasa, radar tiada sambungan selepas bateri UPS kehabisan tenaga. Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan hilang komunikasi radio.Katanya, walaupun frekuensi dalaman yang digunakan penyelia trafik udara tidak berfungsi, mereka masih boleh berhubung dengan pesawat melalui saluran radio awasan. PKR pagi ini mendakwa Pusat Sistem Kawalan Udara Kuala Lumpur tergendala minggu lalu menyebabkan kegagalan sistem secara sepenuhnya "tanpa radar dan radio", sekali gus menyebabkan penerbangan tanpa panduan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.