Selasa, September 11, 2012


Ps: Bukan setakat mulut dia je yang berbuih kena jawab cabaran dari Perkasa ni. Selura dia pun mungkin dah basah sebab kena cabar. Kalau ada bukti ambik la tindakan Mahfuz oi!!! Setakat bercakap je menda kejadahnya!!!
ALOR SETAR 10 Sept. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) cawangan Kota Setar mendesak agar Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar memohon maaf secara terbuka kerana melemparkan fitnah terhadap pertubuhan berkenaan.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, pihaknya turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kota Setar di sini pada pukul 11 malam ini bagi membolehkan polis memulakan siasatan dan mengambil tindakan terhadap tuduhan palsu oleh Mahfuz.

"Mahfuz dalam kenyataannya kepada akhbar Harakah, Suara Keadilan dan Sinar Harian telah menuduh tanpa bukti bahawa ahli-ahli Perkasa telah membaling kasut di dalam Masjid Al-Hussin, Pumpong Alor Setar.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dan fitnah itu yang bertujuan mencemar nama baik dan menjatuhkan reputasi Perkasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian 2 September lalu, Mahfuz menuduh ahli-ahli Perkasa membaling kasut ke arah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan.

Mohd. Yusof berkata, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena secara terang-terangan berbohong kerana kejadian baling kasut itu tidak pernah berlaku.

"Kita minta Mahfuz memohon maaf secara terbuka atau melalui media massa kerana fitnah tersebut," tegasnya.

Beliau berkata, laporan polis berkenaan dibuat oleh Ketua Penerangan Perkasa Kota Setar, Muhammad Nizam Madowan dengan diiringi Naib Ketuanya, Muhamad Najib Abdul Rahman; Setiausahanya, Syukri Yaakob dan ahli-ahli Perkasa.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Sampai tahap ni menipu ...

    Tak ada maruah langsung sebagai ahli politik.


    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping