Apa nak heran dengan kenyataan yang boleh dianggap sombong oleh sesetengah pihak ni? Benda tu dah menjadi norma buat puak - puak Pakatan Pembangkang ni.
Nak pulak kalau ianya datang dari kalangan puak - puak Parti Kecoh Ramai tu. Memang itulah sifat mereka yang sebenarnya.
Jika ada apa - apa bantuan yang dilakukan untuk rakyat, diorang bukan bantu dengan ikhlas. Tetapi ianya menjadi punca buat mereka untuk berbangga diri.
Bila dah selalu sangat mendabik dada mengatakan yang KONONnya mereka lebih bagus dari orang lain, timbul la rasa riak, ujub, dan takbur. Apatah lagi sifat sombong.
Tinggal lagi, diorang je yang jenis tak sedar diri. Orang nak tolong, diorang buat sombong. Kalau orang tak tolong, buat pulak cerita yang bukan - bukan. Lagi pun, diorang ni bukan ada kerja lain. Menyusahkan rakyat lagi ada la!!!
SHAH ALAM 25 Sept. - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dilihat bersikap angkuh apabila tidak berganjak daripada keputusannya tidak membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.Sehubungan itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor menyifatkan, kerajaan negeri berkenaan tidak mempedulikan kepentingan rakyat.Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr. Xavier Jayakumar berhubung perkara berkenaan amat dikesali serta tidak mencerminkan portfolio yang dipegangnya di dalam kerajaan negeri."Sikapnya langsung tidak mencerminkan portfolio yang dipegangnya iaitu Kerajaan Prihatin kerana jelas ia lebih mengutamakan politik daripada kepentingan rakyat negeri Selangor," tegasnya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.Sohaimi menegaskan, kerajaan negeri Selangor sengaja tidak mahu memahami bahawa projek Langat 2 perlu disegerakan sebelum berlaku krisis air yang dijangka berlaku pada 2016 yang memberi kesan kepada penduduk di Lembah Klang.Justeru rakyat perlu menilai sendiri sikap dan mentaliti wakil rakyat PKR ini yang jelas mementingkan politik kepartian semata-mata.Ini adalah strategi kerajaan pakatan pembangkang yang sengaja mahu menyusahkan rakyat dengan menyekat apa juga projek yang mahu dijalankan kerajaan Persekutuan dengan alasan-alasan tidak relevan, katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.